web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rumah Di Cheras Dijadikan Pusat Operasi Judi Dalam Talian, 18 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 3:43PM

Polis menyerbu rumah berkenaan pada jam 11.45 malam. - Gambar dari polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taktik satu sindiket perjudian dalam talian menjadikan sebuah rumah di Taman Orkid Desa, Cheras di sini sebagai pusat operasi panggilan aktiviti itu terbongkar apabila diserbu malam tadi.

Menerusi serbuan Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu, 18 individu, terdiri daripada 10 warga China masing-masing lima lelaki dan wanita serta lapan lelaki tempatan, berumur lingkungan 18 hingga 39 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira 11.45 malam itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur SAC Saiful Annuar Yusoff berkata pusat berkenaan didapati telah beroperasi kira-kira tiga bulan lepas dan mengaut keuntungan sehingga RM100,000 sehari.

“Sindiket ini dipercayai mempromosi judi dalam talian kepada warga tempatan di premis yang disewa pada harga RM25,000 sebulan,” menurut kenyataan hari ini.

Saiful Annuar berkata setiap pekerja didapati menerima upah antara RM5,000 hingga RM 7,000 sebulan manakala penjaga premis menerima upah sebanyak RM15,000 sebulan.

Dalam serbuan terbabit polis turut merampas 27 komputer riba, 109 telefon bimbit dan beberapa peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian tersebut, selain wang tunai RM54,000 dan wang tunai RMB386.

Anggaran nilaian rampasan adalah sebanyak RM 300,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad