web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Beradik Dikhuatiri Lemas Selepas Jatuh Ke Dalam Sungai

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 8:15AM

Operasi mencari sedang dijalankan. - Gambar dari Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dua beradik dikhuatiri lemas selepas terjerumus ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan semasa melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, di Rompin hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin ASP Mohd Isa Bidin berkata operasi mencari Dhenis Maulida Puteri Masari yang berumur tujuh tahun serta adiknya Puteri Ramadhania Azzahra yang berumur tiga tahun yang hilang dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi tadi sedang ditingkatkan.

Beliau berkata kejadian berlaku semasa ibu mereka yang hanya dikenali sebagai Liswati, 37, dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di sebuah ladang kelapa sawit di kawasan itu selepas mengambil Dhenis Maulida Puteri yang selesai sesi pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Keratong 1.

“Motosikal yang ditunggang mereka dikatakan hilang imbangan kira-kira lima meter lagi hendak sampai ke tebing menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh, dan dua mangsa yang masih kecil terus terjerumus ke dalam sungai.

“Terdapat jaring yang dipasang pada kiri dan kanan jambatan gantung itu tetapi difahamkan akibat kurang penyelenggaraan, terdapat lubang besar di beberapa tempat sepanjang jambatan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Isa berkata jambatan itu sering digunakan penduduk setempat sebagai laluan pintas memandangkan jalan raya agak jauh, dan difahamkan ibu mereka terselamat dalam kejadian itu apabila dia tersangkut di jaring.

Katanya operasi mencari dan menyelamat kini dijalankan oleh 30 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad