Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Penduduk Tuntut Penjelasan Kerajaan Sambung PKPD

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 10:10PM

Penduduk mula berkumpul di pondok kawalan sekatan jalan di Kampung Pasir Putih Baharu pada jam 8 malam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Lebih 350 penduduk Kampung Pasir Putih Baharu berhimpun secara aman malam tadi bagi menuntut penjelasan kerajaan yang melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) buat kali ketiga bermula esok sehingga 9 Mei depan.

Sebaik diumumkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Datuk Masidi Manjun menerusi kenyataan media, petang semalam, penduduk mula menyatakan reaksi tidak puas hati dan mahu mengadakan perhimpunan aman bagi membantah perlaksanaan tersebut.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, penduduk mula berkumpul di pondok kawalan sekatan jalan di kampung berkenaan, untuk menuntut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau Arnold Joibi hadir dan menjelaskan keadaan sebenar keputusan kerajaan tersebut

Pengerusi Pertubuhan Komuniti Kg Pasir Putih Baharu Tawau (PENGGIAT) Kasruniyaty Rully ketika dihubungi berkata, timbul keraguan mengenai keputusan melanjutkan PKPD di situ selepas tiada kes positif COVID-19 direkodkan buat tujuh hari berturut-turut.

“Atas sebab ini, penduduk hairan mengapa kerajaan masih melanjutkan PKPD di sini dengan alasan masih ada kes aktif, sedangkan tiada kes baharu dicatatkan sehingga semalam.

“Selain itu, hanya sekitar 400 keputusan ujian diperoleh, berbanding lebih 800 saringan dijalankan sebelum ini,” katanya kepada Getaran.

Menurut Kasruniyaty, alasan yang diberikan oleh pihak berkenaan adalah kekurangan kakitangan menyebabkan keputusan ujian saringan itu lambat diperolehi.

“Penduduk juga sudah memberikan kerjasama sebaiknya dalam tempoh sebulan PKPD, bagi memastikan keadaan di kampung terkawal.

“Hasilnya tiada kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku dalam tempoh tujuh hari berturut-turut,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, masalah yang dihadapi penduduk adalah keperluan untuk keluar bekerja bagi menampung komitmen kewangan bulanan.

“Ramai di antara penduduk di sini bekerja dengan gaji hari dan ada juga bekerja sendiri.

“Ini bermakna dalam tempoh sebulan mereka telah terputus pendapatan, tetapi pada masa sama, masih perlu membayar kereta, sewa rumah, bil utiliti dan perbelanjaan harian seperti biasa,” katanya.

Malah ada juga penduduk mengadu kehilangan pekerjaan selepas diberhentikan majikan serta-merta, kerana tidak datang bekerja dalam tempoh yang panjang.

Menurutnya, keadaan itu membuatkan penduduk kampung tersepit walaupun masih mendapat bantuan bekalan makanan daripada kerajaan.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Andi Suryadi Bandi yang cuba menenangkan penduduk supaya tidak bertindak di luar kawalan.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Tawau, Assisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas yang bertindak pantas turun padang dan berjumpa peserta bagi mengawal keadaan.

Menurutnya, apa yang disuarakan penduduk semalam akan dibawa ke mesyuarat JPBD secepat mungkin.

“Dari situ, JPBD akan meneliti kaedah terbaik bagi mengatasi masalah penduduk.

“Buat masa ini, penduduk boleh keluar daripada kawasan PKPD bagi mendapatkan keperluan seperti ke bank dan pasar raya, namun, perlu mendaftar di pondok kawalan yang ada,” katanya.

Keadaan kembali terkawal dan penduduk mula bersurai pada jam 10 malam.

Sementara itu, tinjauan Getaran di Kampung Pasir Putih Baharu mendapati, suasana kelihatan tenang dan penduduk kembali melakukan rutin harian seperti biasa, pagi tadi.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ima, 36, mengaku kehilangan pendapatan selepas sebulan tidak turun bekerja.

“Memang kerajaan membenarkan penduduk keluar bekerja dengan menunjukkan surat majikan sebagai pengesahan.

“Namun, dalam kes saya, majikan lebih mengambil pendekatan tidak membenarkan saya bekerja dengan alasan tinggal di kawasan ‘merah’,” katanya.

Justeru, dia kehilangan punca pendapatan sekitar RM1,500 selepas tidak dapat bekerja hampir sebulan.

“Tiada kerja, tiadalah gaji. Dengan tiga orang anak berusia tiga hingga 12 tahun, dan tinggal seramai tujuh orang dalam rumah, kami terpaksa bergantung sepenuhnya dengan pendapatan suami yang bekerja di bengkel kenderaan.

“Saya berharap Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Buruh perlu turun padang meneliti masalah rakyat seperti kami,” katanya.

Menurutnya, ada majikan yang mengambil kesempatan memberhentikan pekerja tanpa sebarang pampasan selepas tidak turun bekerja akibat perlaksanaan PKPD.

Sehingga jam 6 petang tadi, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan Kerajaan Negeri berhubung permintaan penduduk. - Getaran, 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertikaian Laut China Selatan Perlu Diselesai Secara Aman Elak Ketegangan - Wisma Putra

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penangguhan PRN Johor Hanya Boleh Dilakukan Jika Darurat Diisytihar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Beri Jaminan Tidak Tutup Sempadan Negeri, Daerah Untuk Balik Raya

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jerman Ambil Tindakan Keras Untuk Menangani Kenaikan Kes COVID-19

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 minit yang lalu

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Luar Negara 1 hari yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Semasa 1 hari yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran