web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Beri Jaminan Tidak Tutup Sempadan Negeri, Daerah Untuk Balik Raya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 3:28PM

Ismail Sabri (kiri) beramah mesra dengan petugas KEMAS Daerah Bera selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama petugas KEMAS daerah di Pejabat KEMAS Bera, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan penutupan sepenuhnya sempadan negeri dan daerah menjelang sambutan Hari Raya seperti dakwaan pihak tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun kes positif COVID-19 dan peningkatan kes membabitkan varian Omicron masih direkodkan di negara ini, namun itu tidak bermakna penutupan sepenuhnya aktiviti rentas negeri dan daerah akan dilakukan.

Menurut beliau, pengumuman mengenai pendirian kerajaan berhubung perkara itu sudah dibuat sebelum ini dan hanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sahaja akan dilakukan di kawasan yang melaporkan peningkatan membimbangkan kes positif COVID-19.

“Kita tidak akan menutup lagi (sempadan negeri dan daerah), kita tidak buat perintah kawalan pergerakan (PKP) seluruh negara, kita juga tidak akan buat PKP seluruh negeri dan kita tidak akan buat PKP seluruh daerah.

“Ekonomi kita akan buka seperti biasa, jadi ada orang kata ekonomi akan ditutup, tak (betul). Saya beri jaminan kita tidak akan menutup lagi negara kita dari segi perniagaan dan sebagainya, bebas seperti sekarang ekonomi kita dibuka, sektor ekonomi kita dibuka seperti biasa, pergerakan rakyat dibuka seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama petugas KEMAS Daerah Bera di sini, hari ini.

Ismail Sabri bagaimanapun memaklumkan, sebarang keputusan untuk melaksanakan PKPD akan dibuat selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan.

“Kita fokus kepada ‘targeted area’ sahaja, katakan di Bera, satu kawasan FELDA terkena, FELDA Sebertak sebagai contoh, kalau di situ ada peningkatan kes, kita ‘lockdown’ atau PKPD di situ saja, kawasan berhampiran tidak terbabit.

“Jadi, jangan bimbanglah. Dah ada orang buat spekulasi, kononnya Hari Raya nanti tak boleh balik (kampung), jangan risaulah, kita akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku, tidak ada lagi PKP seluruh negara,” katanya. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan