web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jerman Ambil Tindakan Keras Untuk Menangani Kenaikan Kes COVID-19

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 10:05AM

Petugas kesihatan memindahkan pesakit COVID-19 ke dalam sebuah pesawat Airbus Tentera Jerman untuk dibawa ke unit rawatan rapi lain di dalam negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Dresden. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Jerman akan mengenakan sekatan kepada rakyatnya yang belum menerima vaksin COVID-19 untuk menangani kenaikan kes baharu, kata Canselor Angela Merkel selepas tamat mesyuarat dengan pemimpin wilayah-wilayah.

“Aktiviti riadah dan kebudayaan di seluruh negara hanya akan terbuka kepada mereka yang telah divaksin ataupun sudah pulih,” kata Merkel, menambah yang peraturan sama juga dikenakan kepada perniagaan tidak perlu. 

Beliau juga menyuarakan persetujuan dengan vaksinasi wajib, di mana undian di Parlimen akan diadakan tidak lama lagi.

“Memandangkan keadaan sekarang ini, saya rasa adalah wajar untuk menerima vaksinasi wajib,” katanya.

Merkel, bersama dengan pengantinnya Olaf Scholz dan pemimpin 16 negeri telah mengetatkan sekatan COVID-19 hanya dua minggu lalu, tetapi bermesyuarat sekali lagi semalam untuk membincangkan langkah yang lebih keras.

Pelan ini termasuk larangan menyeluruh terhadap kemasukan ke bar, restoran dan panggung wayang untuk golongan yang belum menerima vaksin atau telah sembuh daripada COVID-19, mengikut dokumen yang di tandatangani oleh pemimpin-pemimpin tersebut.

Mereka yang belum divaksin juga akan dilarang daripada ke pasar Krismas, dan bilangan orang yang dibenarkan untuk bersosial dengan mereka akan dihadkan.

Persetujuan ini juga meliputi sekatan baharu ke atas perhimpunan besar, yang boleh memberi kesan kepada acara seperti perlawanan bola sepak ≤Bundesliga≥, dan penutupan kelab malam di kawasan yang mencatat kadar penularan di atas 350 jangkitan bagi setiap 100,000 orang.

Menteri Kesihatan sementara Jens Spahn memberitahu penyiar ZDF negara Jerman perlukan “perintah berkurung buat mereka yang belum divaksin”.

“Anda boleh lihat daripada keputusan yang diambil, kami memahami bahawa situasi sekarang adalah sangat serius,” kata Merkel, sambil menambah bahawa langkah itu harus dilihat sebagai “standard minimum” dan wilayah yang berbeza juga boleh mengenakan sekatan mereka sendiri yang lebih ketat.

Jumlah jangkitan di Jerman telah mencatat rekod baharu dalam beberapa minggu lalu dan kebanyakan hospital memberi amaran yang ia terpaksa menghantar pesakit ke tempat lain untuk menerima rawatan kerana telah melebihi kapasiti.

Walaupun kadar jangkitan di Jerman telah menurun sedikit minggu ini, ia masih berada pada 439.2 pada Khamis, dengan 73,209 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pendirian Anwar Mengenai Gaza Tarik Sokongan Individu Berpengaruh

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad