web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendirian Anwar Mengenai Gaza Tarik Sokongan Individu Berpengaruh

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2024 4:22PM

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada sidang media bersama dengan rakan sejawat, Canselor Olaf Scholz di Canselori Persekutuan. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Kritikan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim terhadap kurangnya tindakan negara Barat terhadap kekejaman Israel di Gaza meraih sokongan individu berpengaruh dalam pelbagai bidang di seluruh dunia.

Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams dalam hantarannya di laman X berkata, sejarah tidak boleh dilupakan apabila membincangkan isu.

"Tetapi saya sudah tentu tidak dapat menerima hakikat apabila anda membincangkan isu, kita hanya terhad kepada satu kejadian tertentu yang melupakan ribuan dan ribuan mangsa dari NAKBA (malapetaka besar) 1947-48," catatnya.

"Masya-Allah @anwaribrahim bercakap fakta," kata pemenang Piala Dunia dua kali bersama New Zealand pada 2011 dan 2015 yang mengkritik keadaan di Gaza.

Anwar menarik perhatian antarabangsa apabila beliau mengkritik negara Barat semasa sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin pada 11 Mac, kerana kurangnya tindakan mereka terhadap kekejaman Israel di Gaza.

Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan enam hari ke Jerman, mempersoalkan kemanusiaan Barat dan mengutuk sikap 'selektif' dan 'ambivalen' mereka terhadap konflik itu.

Wartawan warga British-Amerika yang terkenal Mehdi Hasan berkata, Anwar kini mewakili suara majoriti rakyat dunia yang mempertahankan hak warga Palestin.

"Kami telah mencapai satu tahap iaitu perdana menteri Malaysia @anwaribrahim kini bercakap untuk majoriti rakyat dunia dan bukan pemimpin Eropah atau Barat," dalam hantaran di X.

Wartawan Perancis Arnaud Betrand, @Rnaud Bertrand, berkongsi klip yang sama mengenai pendirian Anwar, menyifatkannya sebagai, 'mesti tonton, amat memuaskan', sambil memuji tindakan perdana menteri.

Betrand turut berkongsi petikan Anwar yang Perdana Menteri menyatakan bahawa penyelesaian tidak boleh dicapai dengan bersikap berat sebelah, dari segi hanya melihat satu isu tertentu dan memadam 60 tahun kekejaman.

Penyanyi dan penulis lagu terkenal Sweden berketurunan Lubnan Maher Zain, @MaherZain, mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menerusi ciapan di Twitter, 'Terima kasih Perdana Menteri @anwaribrahim' atas keberaniannya.

Ahli politik dan pengarang Portugis, Bruno Macaes @MacaesBruno dalam hantarannya di X: "Debat yang menakjubkan di Berlin antara Scholz dan Anwar Ibrahim. Kita hidup dalam dunia baharu. Jerman tidak mendapat 'mesej'. Percanggahan dalam pengucapan awam juga ketara".

Anwar berkata, dasar Israel selama berdekad-dekad terhadap rakyat Palestin dan kekejamannya adalah punca konflik yang berterusan.

Lebih 31,000 nyawa terkorban sejak permulaan perang Israel ke atas Gaza hampir lima bulan lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 54 minit yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

Ekonomi 2 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

4

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 54 minit yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad