Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 4:25PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

FRANKFURT - Puluhan ribu penumpang di Jerman pada Khamis dijangka berdepan gangguan perjalanan sekali lagi berikutan mogok kakitangan keselamatan penerbangan di lima lapangan terbang di negara ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jurucakap Kesatuan sekerja Verdi berkata, mogok sepanjang hari itu yang diadakan di lapangan terbang di Hamburg, Stuttgart, Karlsruhe/Baden-Baden, Cologne dan Berlin telah bermula.

Kesatuan itu juga menggesa mogok berkenaan diteruskan pada Jumaat.

Menurut anggaran oleh persatuan lapangan terbang ADV, lebih 580 penerbangan mungkin dibatalkan dan 90,000 pengembara perlu menjadualkan semula jadual perjalanan mereka kerana mogok itu.

Pada Jumaat, kakitangan keselamatan penerbangan kemudiannya akan mengadakan mogok di Hanover, Dortmund, Weeze, Dresden dan Leipzig dan sekali lagi di Karlsruhe/Baden-Baden.

Lapangan terbang di Frankfurt, terbesar di Jerman tidak terjejas oleh mogok itu.

Bagaimanapun, masih terdapat kelewatan dan pembatalan penerbangan di sana dan di Munich berikutan mogok dua hari oleh kru kabin Lufthansa. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pendirian Anwar Mengenai Gaza Tarik Sokongan Individu Berpengaruh

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Anwar Pelawa Firma Perniagaan Jerman, Eropah Melabur Di Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Adakan Pertemuan Dengan Kumpulan Pemikir Utama Jerman

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Semasa 17 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Semasa 13 jam yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Politik 1 hari yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

oleh Diyana Nawwar