Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Adakan Pertemuan Dengan Kumpulan Pemikir Utama Jerman

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 8:46PM

Perdana Menteri (tengah) turut diiringi Mohamad Hasan (kiri) dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kanan) dalam lawatan ke Jerman - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan perbincangan dengan pembuat dasar, ahli kumpulan pemikir dan agensi kerajaan, di Yayasan Korber
di sini.

Sebaik tiba di yayasan tersebut yang merupakan salah sebuah yayasan kumpulan pemikir terbesar dan filantropi di Jerman, Anwar disambut oleh Ahli Lembaga Eksekutif Yayasan.

Turut hadir Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Antarabangsanya, Nora Muller.

Anwar berkata pada sesi hari ini, mereka membincangkan dan berkongsi pandangan mengenai keutamaan dasar dan dasar luar negeri, serta isu berkaitan sosial, antarabangsa, hubungan geopolitik, dan perkembangan politik semasa.

Keadaan di Palestin dan Ukraine turut dibangkitkan semasa pertemuan itu, kata Anwar.

"Saya menghargai jemputan mereka dan berharap perbincangan seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang," kata Perdana Menteri, yang sedang dalam lawatan rasmi enam hari ke negara ekonomi ketiga terbesar di dunia itu.

Anwar diringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Ditubuhkan pada tahun 1959 oleh seorang usahawan Kurt A. Korber, yayasan yang berpangkalan di Hamburg itu, merupakan sebuah badan pemikir dan penerbit bebas yang memfokuskan kepada isu sosial, antarabangsa dan politik.

Pejabat di ibu negara Jerman itu menawarkan platform untuk pembuat keputusan daripada politik, sains dan kumpulan pemikir untuk bertukar-tukar idea dan mencari penyelesaian kepada cabaran politik semasa secara bersama-sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 19 jam yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

2

Semasa 2 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji

Semasa 4 jam yang lalu

Pemimpin Industri, Perniagaan Antarabangsa Nyata Minat Melabur Di Malaysia – PM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

Semasa 8 jam yang lalu

Didakwa Mahu Buka Kasino Di Forest City, Berjaya Corporation Buat Laporan Polis

oleh Fida Ruzki