web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Industri, Perniagaan Antarabangsa Nyata Minat Melabur Di Malaysia – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 12:13PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat meja bulat dengan lebih 50 pemimpin industri dan perniagaan. - gambar Facebook Anwar Ibrahim

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keutamaan dan inisiatif strategik yang dianjurkan Kerajaan Perpaduan untuk pembangunan dilihat menarik minat ramai pemimpin industri dan perniagaan antarabangsa yang menyatakan minat untuk membawa pelaburan mereka ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau menggunakan sesi Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi, berakhir hari ini, untuk mengadakan mesyuarat meja bulat dengan lebih 50 pemimpin industri dan perniagaan dalam pelbagai sektor dari seluruh dunia.

Katanya, beliau menggunakan ruang berkenaan untuk  memaparkan keutamaan, inisiatif strategik serta kadar pertumbuhan ekonomi dan fiskal negara, selain kewujudan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan.

“Sesi ini penting untuk saya dan rakan-rakan meyakinkan pemimpin industri untuk melabur di Malaysia, sekali gus melonjak pertumbuhan ekonomi negara serta mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi buat rakyat Malaysia.

“Ramai pemimpin industri dan perniagaan yang hadir menunjukkan keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik negara dengan menyatakan minat untuk melabur di Malaysia dalam pelbagai bidang.

“Saya beri jaminan urusan pelaburan mereka akan dipermudah dan disegerakan, terutama selepas Kerajaan berjaya menangani isu kerenah birokrasi yang berlanjutan sejak sekian lama sebelum ini,” katanya dalam satu hantaran melalui media sosial.

Kehadian Anwar di WEF turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Perdana Menteri berkata, antara syarikat antarabangsa yang menyertai sesi mesyuarat meja bulat itu termasuk Samsung, Chevron, BrainBox AI, Cisco Systems, OmniBot.ai, TotalEnergies, Lulu Group International, Deutsche Bank dan Saudi Industrial Development Fund.

Justeru, katanya, beliau percaya banyak pelabur-pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan, mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan NVIDIA.

Pada masa sama, Anwar berkata syarikat tenaga Perancis, TotalEnergies, turut menyatakan komitmen dan persetujuan mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas serta terus meneroka peluang dalam bidang penyimpanan karbon di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanne. – gambar Facebook Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanne. – gambar Facebook Anwar Ibrahim

Beliau yang sempat mengadakan pertemuan dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanne, berkata syarikat itu sudah bertapak sejak di Malaysia 1984.

Katanya, ia memiliki pelaburan dalam pelbagai sektor di Malaysia, antaranya tenaga boleh diperbaharui, elektrik, minyak dan penyimpanan karbon.

“Semoga pelaburan ini dapat direalisasikan sesegera mungkin dan mencetus limpahan kemakmuran buat rakyat Malaysia, khususnya dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perkongsian pengetahuan,” katanya. – Getaran, 29 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad