web statsweb stats

Berita Terkini

10 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertikaian Laut China Selatan Perlu Diselesai Secara Aman Elak Ketegangan - Wisma Putra

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 5:04PM

Malaysia tegas dan komited untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia di dalam kawasan maritimnya di Laut China Selatan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan istilah ‘rundingan’ oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila merujuk kepada sebarang perbincangan dengan kerajaan China berhubung pertikaian wilayah Laut China Selatan bermaksud isu tersebut perlu diselesaikan secara aman.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, tampil memberi penjelasan selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri berhubung perkara itu sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab.

Tegasnya, pendirian Malaysia berhubung Laut China Selatan adalah konsisten dan kekal tidak berubah.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia tegas dan komited untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia di dalam kawasan maritimnya di Laut China Selatan, seperti yang terkandung dalam Peta Baru Malaysia 1979.

“Malaysia berpendirian teguh bahawa isu berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman dan konstruktif, berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Bangsa- Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (KUUL 1982).

“Rujukan kepada ‘rundingan’ semasa Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana
Menteri di Parlimen pada 4 April lalu, beliau bermaksud sebarang isu berkaitan Laut China Selatan perlu dibincangkan atau diselesaikan secara aman.

“Ia perlu dilakukan menggunakan platform sedia ada dan juga melalui saluran diplomatik, tanpa menjejaskan kedaulatan, hak kedaulatan serta kepentingan negara, untuk mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan (escalation) dan ancaman atau penggunaan kekerasan,” katanya.

Jelas Wisma Putra, dalam usaha bersama itu, Malaysia terus mengambil pendekatan diplomatik dalam setiap urusannya dengan negara lain termasuk China demi memastikan Laut China Selatan terus kekal sebagai perairan aman, stabil dan selamat untuk laluan maritim perdagangan antarabangsa.

Katanya, pendekatan tersebut juga selaras peruntukan terkandung dalam Deklarasi Tatalaku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), antaranya penyelesaian isu konflik secara aman.

“Semua pihak yang terlibat bahkan berusaha mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan seperti dipersetujui oleh negara-negara anggota ASEAN dan China pada 2022.

“Pendekatan rundingan turut diambil ASEAN dan China untuk memuktamadkan satu Kod Tatalaku di Laut China Selatan dan kedua-dua pihak komited terhadap proses penerbitan kod itu,” katanya.

Awal hari ini, Anwar berkata, Muhyiddin akan mendapat pemahaman yang lebih jelas mengenai pendirian tegas Malaysia terhadap wilayahnya di Laut China Selatan jika beliau hadir ke Parlimen dan mendengar penjelasan diberikan berhubung perkara itu.

Anwar menegaskan, Malaysia tidak akan menyerahkan perkara itu kepada China dan mengesahkan aktiviti minyak dan gas Petronas di wilayah yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan akan diteruskan.

“Beliau (Muhyiddin) mempunyai banyak masalah. Dia tidak membaca kenyataan saya. Apakah kenyataan saya? Ia adalah kita akan meneruskan kerja cari gali minyak dan gas Petronas.

“Saya tidak pernah kata saya akan berkompromi. Kita boleh berbincang (dengan China), tetapi itu tidak menghalang kita daripada meneruskan projek itu. Cari gali oleh Petronas adalah dalam wilayah kita ini tidak terjejas sama sekali.

“Tetapi ini masalah Ketua Pembangkang. Dia tidak memberi perhatian, tidak menghadiri Parlimen, tidak mendengar pandangan kami, atau membaca kenyataan kami,” katanya selepas menghadiri Program Kita Untuk Kita (K2K) di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Anwar bagaimanapun berkata, perbincangan dengan China perlu diadakan untuk mengelakkan sebarang ketegangan antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga mantan perdana Menteri berkata, implikasi kenyataan Anwar itu secara tidak langsung memperakui tuntutan China terhadap kawasan yang sudah sah menjadi wilayah Malaysia yang mesti dipertahankan.

“Kenyataan Perdana Menteri mengenai keterbukaan Malaysia terhadap rundingan di wilayah itu boleh mengancam kedaulatan negara,” katanya. – Getaran, 8 April 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad