web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penangguhan PRN Johor Hanya Boleh Dilakukan Jika Darurat Diisytihar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 4:39PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun penularan COVID-19 di Malaysia kembali meningkat secara mendadak sejak beberapa hari lalu sehingga merekodkan 22,802 kes hari ini, cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditangguh, bukan mudah untuk dilaksanakan.

Penangguhan itu sukar kerana berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, PRN Johor boleh ditangguhkan hanya sekiranya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di negeri itu atau seluruh negara.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

“Sekiranya diisytiharkan darurat, maksudnya segala aktiviti, termasuk PRN Johor tidak boleh dibuat dan perlu dibatalkan.

“Walaupun tarikh pilihan raya ini sudah diumumkan, ia tidak boleh dilaksanakan, kena dibatalkan, jadi tidak ada isu di situ,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan penangguhan PRN Johor, susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 varian Omicron.

Mazlan berkata, bagi memastikan pelaksanaan PRN Johor tidak mendatangkan impak buruk daripada segi meningkatkan kes COVID-19, prosedur operasi standard (SOP) harus dipraktikkan dan dipatuhi sebaik mungkin.

“Maknanya sekarang ini paling penting kena menjaga SOP sebab terbukti ia tidak akan memburukkan kes COVID-19, seperti di PRN Melaka dan PRN Sarawak yang menyaksikan tidak ada peningkatan kes.

“Di dua negeri itu saya lihat aspek disiplin dan pemantauan SOP dijalankan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memang bagus sehingga boleh membendung kes. Mungkin kita boleh hadkan kempen berbentuk fizikal untuk PRN Johor ini,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan yang mahu kerajaan memberi kebenaran untuk setiap calon dan parti bertanding pada PRN Johor mengadakan kempen terbuka, Mazlan berkata, ia boleh diusulkan kepada SPR untuk dipertimbangkan.

“Sesiapa pun boleh mohon pertimbangan daripada SPR dan terpulang kepada suruhanjaya terbabit untuk menentukannya kerana pihak ini kena ambil kira juga nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mengulas isu sama, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatik) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Hayati Kadir berkata, sepatutnya pembubaran DUN dan PRN di negeri itu tidak dilaksanakan ketika krisis kesihatan terbabit.

Profesor Madya Dr Hayati Kadir
Profesor Madya Dr Hayati Kadir

Namun, katanya, memandangkan pelaksanaan itu sudah dimuktamadkan, ia mesti disusuli dengan pematuhan SOP yang sangat ketat, termasuk tidak membabitkan kempen dan pengumpulan individu beramai-ramai.

“Bagi pandangan saya, memang tak wajar sebenarnya adakan apa-apa program pengumpulan ketika COVID-19, terutama dalam keadaan kes tinggi, kecuali pemantauan dan penguatkuasaan SOP diterapkan sebaik mungkin serta tegas.

“Kalau SPR boleh pastikan perkara (SOP) itu dijalankan, tidak ada isu nanti. Maknanya dalam satu ruang pun tak boleh lebih kapasiti orang,” katanya.

Pada masa sama, Dr Hayati berkata, orang ramai perlu memiliki kesedaran untuk melakukan ujian saringan kendiri sekiranya bergejala atau menjadi kontak rapat pesakit COVID-19, seterusnya menjalani kuarantin di rumah dan tidak keluar mengundi.

“Walaupun pemeriksaan suhu tidak diwajibkan bermula esok di semua premis, termasuk memasuki pusat mengundi, nanti apabila hari mengundi, pemilih perlu memastikan mereka negatif virus ini,” katanya.

Dr Hayati berkata, sekiranya SOP lebih ketat tidak dipratikkan, apa paling ditakuti adalah penularan jangkitan menjadi semakin tinggi yang menyumbang kepada peningkatan kes mendadak.

Katanya, meskipun kerajaan sebelum ini memberi jaminan tidak akan menutup sektor ekonomi dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh dilakukan di mana-mana lokaliti yang mencatatkan kes tinggi, termasuk kemungkinan di kawasan mengundi.

Implikasi daripada peningkatan kes atau PKPD menyebabkan orang ramai tidak boleh keluar atau masuk ke kawasan terbabit dan melonjakkan kes secara keseluruhan di peringkat nasional.

“Adakah masyarakat, khususnya pengundi PRN Johor mahu berdepan PKPD pada Ramadan dan Aidilfitri yang semakin hampir, jadi pihak bertanggungjawab mengadakan pilihan raya itu harus memastikan SOP dilaksanakan dengan ketat. Individu juga perlu lebih memainkan peranan.

“Kena bertanggungjawab bukan hanya untuk tuntutan melaksanakan PRN di negeri itu, malah penting untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan berkenaan dijaga supaya tidak berlaku peningkatan kes,” katanya. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad