web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Mangsa Dibaham Buaya Ditemui

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 5:01PM

Mayat Mazlan Ampung yang dilaporkan hilang akibat dibaham buaya di Sungai Brantian, ditemui tengah hari tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN -  Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam akibat dibaham buaya di Sungai Brantian, di sini, berjaya ditemui, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari itu, mangsa Mazlan Ampung, 26, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada hari kedua pencarian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 300 meter daripada lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

"Ketika ditemui, keadaan jasad mangsa masih sempurna namun ada kesan gigitan pada bahagian pinggang sebelah kiri, disyaki akibat serangan buaya.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan kira-kira 1.15 petang tadi," katanya.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas disambar reptilia itu ketika sedang mandi di sungai berkenaan, kira-kira jam 7.30 malam pada Selasa.

Menurut saksi, Arianshah Ampung yang juga adik mangsa, sebelum kejadian dia sedang makan di gerai berhampiran sebelum terdengar suara jeritan abangnya yang sedang mandi di sungai terbabit.

Arianshah kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian namun hanya sempat melihat kocakan yang besar di permukaan sungai dan mengesyaki kemungkinan abangnya dibaham buaya. – Getaran, 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad