web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Maut Dalam Kemalangan 2 Kereta Di Kahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 7:00AM

Anggota bomba sedang mengeluaran mangsa daripada kenderaan. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Enam termasuk dua kanak-kanak maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Batu 13, Kahang, Jalan Kluang-Mersing, Kluang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang Mohd Fauzi Md Nor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 4.40 petang yang melibatkan Perodua Myvi dan Honda Stream.

Beliau berkata mangsa yang maut menaiki Perodua Myvi, dikenali sebagai Masrina Kahdar, 21; Muhammad Zharfah Noramin, 16; Muhammad Syakir Noramin, 11; Mohammad Asyraf Radiq Abdullah, 11, dan Muhammad Adil Abdul Kadir, 23.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Nor yang mengesahkan perkara itu berkata seorang lagi penumpang kereta Perodua Myvi meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini, malam tadi.

“Siti Nurzannah Kahdar, 26, yang merupakan penumpang bahagian hadapan kenderaan berkenaan meninggal dunia kira-kira 9.30 malam tadi ketika menerima rawatan di zon merah di hospital,” katanya ketika dihubungi.

Bahrin berkata siasatan awal mendapati mereka yang menaiki kereta Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Kluang ke Kahang untuk berkelah di Pantai Air Papan, Mersing.

Beliau berkata Siti Nurzannah, yang merupakan kakak kepada Masrina, mengalami kecederaan di bahagian kepala, perut dan tulang pinggul.

Turut berada dalam kenderaan yang sama dan masih dirawat di zon merah ialah Nur Annalesha Rania, 7, manakala pemandu Mohd Sharizan Syafandi, 24, dirawat di zon kuning akibat kecederaan di kepala, muka dan tangan sebelah kiri.

Dalam pada itu, pemandu dan penumpang kereta Honda Stream yang merupakan pasangan suami isteri Zulkeflly Zakariah, 53, dan Kamariah Yusof, 48, serta anak mereka Ariana Nur Batrisyah Zulkeflly, 13, juga mengalami kecederaan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati ahli keluarga dan kenalan mangsa memenuhi pekarangan Unit Perubatan Forensik hospital itu, di sini.

Perodua Myvi yang membawa lapan orang itu dari arah Kluang, dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan yang dilalui Honda Stream di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang, di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek