web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PATIK Penuhi Impian Penghuni Permata Camar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 8:56PM

PATIK dengan kerjasama Yayasan RI menaja pakaian baharu kepada 36 penghuni Rumah Anak Yatim Permata Camar, Kuantan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Impian 36 penghuni Rumah Anak Yatim Permata Camar berusia antara tujuh hingga 17 tahun memiliki baju baharu sempena Aidilfitri tahun ini akhirnya menjadi kenyataan. 

Jika tahun lalu mereka langsung tidak menerima sumbangan baju raya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun ini Pertubuhan Amal Tiara Kasih (PATIK) dengan kerjasama Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayaaan RI) yang diasaskan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim sudi menjadi penaja utama pakaian raya untuk semua penghuni rumah anak yatim berkenaan. 

Semua 36 penghuni rumah anak yatim itu diberi peluang memilih sendiri pakaian kegemaran mereka melalui program Sinar Kasih Ramadan Siri 1 di gedung pakaian Jakel Kuantan dekat sini. 

Pengerusi PATIK, Tunku Zaza Fakia Faranaz Tunku Ismail yang meluangkan masa menyertai program itu berkata, sumbangan berkenaan adalah hasil kolaborasi antara PATIK, Yayasan Rizalman dan juga kerjasama baik daripada pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Permata Camar. 

"Saya ada berjumpa dengan penyelia rumah anak yatim ini, Mohd Hadzmie Ramli beberapa minggu lalu dan bertanyakan jika ada perkara yang mereka perlukan bantuan daripada kami. 

"Jadi tuan (Mohd) Hadzmie ada maklumkan bahawa penghuni di situ belum memiliki pakaian baharu untuk Aidilfitri, jadi kami berbincang dan dari situ kita boleh laksanakan program hari ini," katanya. 

Beliau berkata, setiap penghuni rumah anak yatim itu diberi kebebasan untuk memilih sendiri pakaian yang mereka suka, termasuklah kelengkapan lain seperti sampin dan songkok. 

Sementara itu, Mohd Hadzmie ketika ditemui pada program berkenaan merakamkan ucapan terima kasih kepada PATIK dan Yayasan RI kerana sudi memilih mereka sebagai penerima sumbangan tahun ini. 

"Ini adalah impian mereka (penghuni) sejak tahun lalu... memandangkan tahun lalu kita berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan semua jenis aktiviti tidak dapat dijalankan, jadi tahun ini meriahlah sikit (sambutan) Aidilfitri mereka.

"Kami sangat terharu dan berterima kasih kepada pihak PATIK dan semua yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini dan semoga mereka terus dimurahkan rezeki," katanya. – Getaran, 28 April 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Buru Penunggang Buat Aksi ‘Whelie’ Pakai Baju Melayu

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Waspada Penipuan Pembelian Baju Raya, PDRM Rekod Kerugian Lebih RM121,448

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Aina Abdul Pakai Baju Pelik-Pelik Orang Boleh Terima? - Aliff Syukri Akui Fesyen Baju Raya Ilham Power Rangers 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar