web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenapa Aina Abdul Pakai Baju Pelik-Pelik Orang Boleh Terima? - Aliff Syukri Akui Fesyen Baju Raya Ilham Power Rangers 

Usahawan produk ini juga bersyukur kerana penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedar diri dan boleh menerima bahawa saya adalah artis nombor satu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 9:00PM

Aliff Syukri - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berbangga apabila keberadaannya sebagai penyanyi nombor satu diakui Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Menurut Aliff, pendengar hari ini lebih cenderung kepada vokal yang unik ala-ala Justin Timberlake sepertinya. Ia dibuktikan dengan jumlah tontonan video lagu rayanya bertajuk ‘Chu Ku Chuk Raya’ yang mencecah ratusan ribu di Youtube dalam tempoh beberapa jam selepas ia dimuat naik.

“Alhamdulilah Datuk Seri Siti Nurhaliza sedar diri dan menerima bahawa saya adalah artis nombor satu. Ini semua rezeki dan dia pun sangat profesional untuk bersaing secara sihat.

“Kalau bercakap tentang kolaborasi, saya masih berbincang sebab Siti ada vokal tersendiri. Vokal saya tinggi tapi Siti susah sikit untuk vokal seperti itu, dia bawah sikit daripada saya. Mungkin zaman sekarang sayalah yang ke hadapan. 

“Ramai kata saya tak ada bakat, tapi lagu saya tak sampai beberapa jam sudah mencecah ratus ribu tontonan. Jadi kalau masih kata saya tak ada bakat, yang mendengar itu halimunan atau toyol?” katanya selepas ditemui Getaran di majlis berbuka puasa anjuran Astro.

Aliff mengakui fesyen baju raya adalah inspirasi 'Power Rangers' - Gambar fail
Aliff mengakui fesyen baju raya adalah inspirasi 'Power Rangers' - Gambar fail

Bukan itu sahaja, ketika pakaian para penari dalam video muzik yang mencecah RM50,000 itu dikecam hebat kerana menyerupai pakaian renang. Usahawan itu menafikan hal tersebut sebaliknya menyatakan ia sebuah fesyen yang diilhamkan daripada baju renang dan siri televisyen ‘Power Rangers’.

“Itu bukan baju renang, tetapi baju cycling ilham daripada Power Rangers. Saya yang reka sendiri. Kenapa Aina Abdul pakai baju pelik-pelik orang boleh terima, apa kurangnya saya? Saya tak berbogel. 

“Kalau nak buat laporan silakan, saya bukan penyamun. Setiap tahun ada sahaja yang minta saya buat lagu raya. Peminat saya semuanya peminat tegar. Bila saya tak tampil dengan lagu baru, peminat saya  tak boleh raya. Walaupun tiada label, saya yakin dengan kekuatan suara saya dan membuatkan lagu saya menjadi viral.

“Dalam hidup ini tak semua nak suara merdu, ada yang mahu suara kepit dan ada yang mahu suara nyaring. Saya adalah unik, saya umpama Justin Timberlake, Justin Bieber yang unik,” tegasnya.

Terdahulu, menerusi komen di Instagram, Siti secara berseloroh mengesahkan Aliff Syukri sebagai penyanyi nombor satu negara. 

“Mestilah kenal, awak penyanyi nombor satu. Saya di belakang awak ya,” coret Siti di video sebuah promosi tudung. - Getaran, 7 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Aliff Syukri, Isteri Raikan Pekerja Sebagai Tanda Penghargaan

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

BDS Malaysia Kecewa Dengan Dato’ Sri Siti Nuhaliza

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...