web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2024 10:21AM

Aliff Syukri Kamarzaman - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sememangnya tidak sunyi daripada kontroversi.

Terbaru, pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn Bhd itu berdepan tuntutan saman berjumlah RM70 juta.

Difailkan oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, saman tersebut susulan kenyataan fitnah didakwa dibuat Aliff Syukri pada 2 Julai 2023.

Hakim Ahmad Shahrir Mohd Salleh dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehubungan itu menetapkan 6 hingga 8 Jan 2026 sebagai tarikh bicara, manakala 5 Julai nanti ditetapkan untuk pengurusan kes.

Portal FMT melaporkan, peguam Abdul Kadir, T Dheenish berkata, anak guamnya akan memberi keterangan ketika proses perbicaraan kes berlangsung.

Menurut beliau, plaintif juga berkemungkinan akan memanggil beberapa saksi dari portal berita yang terbabit menyiarkan kenyataan Aliff Syukri.

Difahamkan, kenyataan dibuat defendan itu dimuat naik di Instagram dan Facebook milik beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam mewakili Aliff Syukri, Mohd Tajudin Abdul Razak pula berkata, pihak defendan akan mengemukakan dua saksi iaitu anak guamnya sendiri dan isteri beliau, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk memberi keterangan. 

Abdul Kadir yang memfailkan saman berkenaan pada 6 September tahun lalu dipetik sebagai berkata, Aliff Syukri telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap dirinya di platform media sosial, termasuk Facebook dan Instagram.

Kata Abdul Kadir, kenyataan tersebut antara lain mendakwa plaintif berhutang jutaan ringgit dengan defendan, malah gambar plaintif turut diletak pada kenyataan itu, sekali gus mengundang komen negatif pembaca.

Susulan kenyataan, defendan dituntut membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang akan dinilai oleh mahkamah.

Defendan juga dituntut memberi aku janji bertulis tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif.

Aliff Syukri juga perlu membuat  permohonan maaf tanpa syarat di akaun media sosial miliknya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah.

Dalam pada itu, defendan menerusi pernyataan pembelaan berkata, beliau telah membuat bayaran pelaburan RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 Novemberi 2018 melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.

“Semua pihak dalam perjanjian usaha sama ini gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan oleh saya dan segala pelanggaran-pelanggaran janji sedemikian termasuklah aku janji yang diberikan plaintif kepada saya adalah di dalam pengetahuan plaintif sendiri,” dakwanya. - Getaran, 17 April 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Aliff Syukri, Isteri Raikan Pekerja Sebagai Tanda Penghargaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad