Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

Tempahan pada tahun ini meningkat, termasuk daripada pelanggan yang ingin 'membaiki' baju yang dibeli secara dalam talian

Gaya Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 12:07PM

Siti Norsyakila Kamarzaman menyusun tempahan baju yang siap dijahit di rumahnya di Kampung Lambok, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Lambakan pilihan baju raya siap yang dijual di media sosial tidak menjejaskan 'periuk nasi' tukang jahit Orang Asli suku kaum Temiar, Siti Norsyakila Kamarzaman, 35, menjelang Aidilfitri ini.

Wanita berasal dari Kampung Lambok, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini itu berkata, kebanyakan pelanggan masih setia menghantar tempahan baju raya, malah jumlahnya meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu hingga dia terpaksa mengupah seorang pekerja bagi membantunya.

"Alhamdulillah walaupun terdapat pelbagai pilihan jenama dan fesyen terkini di Facebook, Tik Tok dan Instagram pelanggan masih datang menghantar kain untuk dijahit sempena hari raya ini.

"Ramadan kali ini saya dapat tempahan baju raya lebih 60 pasang berbanding 30 pasang pada bulan biasa," katanya kepada pemberita di Kampung Lambok RPS Kuala Betis di sini hari ini.

Siti Norsyakila tidak menafikan terdapat kelebihan dan kekurangan pada setiap pilihan pengguna sama ada membeli pakaian secara dalam talian mahupun mendapatkan khidmat tukang jahit.

Untuk itu, dia mengakui walaupun mengambil upah menjahit, untuk baju raya sendiri dan keluarganya dia lebih suka membeli secara dalam talian kerana lebih mudah dan banyak pilihan fesyen.

Siti Norsyakila Kamarzaman menyiapkan tempahan baju raya pelanggannya di rumahnya di Kampung Lambok, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang.
Siti Norsyakila Kamarzaman menyiapkan tempahan baju raya pelanggannya di rumahnya di Kampung Lambok, Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, Gua Musang.

"Namun, tidak semua baju siap yang dibeli menepati ukuran badan dan pada akhirnya saya juga yang terpaksa juga buat pengubahsuaian. 

"Jadi, walaupun pelanggan beli baju menerusi Facebook atau TikTok mereka tetap mengupah saya untuk 'membaiki' baju tersebut," katanya.

Siti Norsyakila yang mendapat bimbingan dan bantuan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat dari segi kemahiran serta peralatan menjahit, berkata, fesyen yang jadi pilihan pelanggan pada tahun ini tidak banyak berbeza berbanding tahun sebelum ini iaitu baju kurung moden dan kebaya.

"Selain itu, saya juga mengambil tempahan baju Melayu dan kurta bagi pelanggan lelaki," katanya yang berpengalaman 15 tahun sebagai tukang jahit.

Menurutnya upah yang dikenakan bagi baju kurung bermula daripada serendah RM40 sepasang bergantung kepada fesyen yang diinginkan, manakala pakaian lelaki antara RM35 dan RM80.

"Kebanyakan pelanggan saya adalah penduduk RPS Kuala Betis, namun terdapat juga pelanggan dari luar yang menghantar tempahan melalui perkhidmatan pos," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

3

Usahawan 9 bulan yang lalu

Pekebun Orang Asli Jual Keledek Guna TikTok, Facebook

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Demonstrasi JPOAJ: Orang Asli Kesal, Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Jelajah 20 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN