web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekebun Orang Asli Jual Keledek Guna TikTok, Facebook

Razali Ayeh mula mengusahakan keledek kuning dan ungu April lepas dan kini memiliki lebih 4,000 pokok ubi berkenaan serta bakal memungut hasil sebanyak satu tan apabila kesemua tanaman itu matang kelak.

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 8:00AM

Penduduk Orang Asli Samsah Angah, 45, (kiri) dibantu suaminya Razali Ayeh, 48, (kanan) membungkus ubi keledek yang ditempah pelanggannya menerusi platform media sosial TikTok dan Facebook ketika ditemui pemberita di Kampung Redip, Pos Hau - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang pekebun Orang Asli yang mengusahakan keledek di Kampung Redip, Pos Hau di sini, meraih permintaan tinggi menerusi platform media sosial TikTok dan Facebook.

Hasil kemudahan WiFi yang dipertingkatkan kerajaan di sini, Razali Ayeh, 48, dari suku kaum Temiar berjaya menembusi pasaran lebih luas dan menjangkakan anggaran keuntungan RM5,000 untuk tuaian akan datang.

Razali mula mengusahakan keledek kuning dan ungu April lepas dan kini memiliki lebih 4,000 pokok ubi berkenaan serta bakal memungut hasil sebanyak satu tan apabila kesemua tanaman itu matang kelak.

“Saya memberanikan diri untuk terjun ke bidang ini (tanaman keledek) selepas mempunyai keyakinan setelah menyertai kursus pertanian anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Pertanian, selepas kecewa kerana kebun pisang berangan dan tanduk, serta tanaman nangka dirosakkan gajah beberapa tahun lalu. 

“Syukur alhamdulillah setakat hasil jualan ubi ini menjadi punca pendapatan saya dan keluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya semalam.

Katanya beliau hanya mengusahakan tanaman itu dalam skala kecil iaitu seluas kurang 0.4 hektar sahaja dan berjaya menjual sebanyak 300 kilogram (kg) keledek kepada penduduk setempat pada dua bulan pertama.

Razali berkata beliau menjual ubi pada harga RM5 sekilogram dan pada masa sama menawarkan pelanggan untuk merasai pengalaman memetik sendiri ubi di kebunnya. 

“Saya juga memberi potongan harga kepada pelanggan yang membeli lebih daripada 10kg pada harga RM4 sekilogram,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada JAKOA kerana menyuntik kembali semangatnya yang hilang selepas kebunnya dimusnahkan gajah dengan menjemput beliau menyertai kursus tersebut di Jabatan Pertanian Besut, Terengganu, tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Demonstrasi JPOAJ: Orang Asli Kesal, Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 17 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

oleh Sophia Ahmad