web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Waspada Penipuan Pembelian Baju Raya, PDRM Rekod Kerugian Lebih RM121,448

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 7:00AM

Mohd Kamarudin Md Din - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan lebih RM121,448 kerugian membabitkan kes penipuan pembelian baju raya bagi tempoh lapan tahun, iaitu sejak 2014 hingga tahun lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, kes itu merangkumi sebanyak 29 kes dilaporkan.

Setakat Mac tahun ini pula, terdapat lima laporan diterima dengan kerugian bernilai RM13,500.

“Dalam isu ini, tidak dinafikan ‘scammer’ (penipu) mengambil peluang untuk menipu, terutama membabitkan pembelian secara dalam talian.

“Apa pun tawaran, peluang pekerjaan, program kerajaan atau bukan kerajaan yang berunsurkan penglibatan rakyat, ‘scammer’ akan sentiasa mengambil peluang untuk memperdaya mangsa,” katanya seperti dilaporkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika membuat pembelian secara dalam talian.

“Mereka diminta untuk membuat semakan kepada pihak berkuasa jika mempunyai keraguan.

“Segera hubungi bank atau National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menyedari sudah menjadi mangsa penipuan dalam talian,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, orang ramai juga boleh membuat semakan akaun bank dan nombor telefon yang terbabit dengan jenayah penipuan di laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my.

“Layari akaun media sosial rasmi JSJK dan Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police untuk maklumat terkini jenayah komersil,” katanya.

Menerusi perkongsian kitaran penipuan dilakukan ‘scammer’ seperti dipaparkan di Facebook PDRM, pihak terbabit akan mewujudkan halaman palsu di media sosial.

Kemudian, ‘scammer’ akan membuat iklan baju raya dengan tawaran harga promosi atau murah, sebelum individu tertarik dan membuat bayaran ke akaun perseorangan.

Selepas tempahan belum diterima daripada penjual, pembeli akan menghubungi ‘scammer’ dan dimaklumkan terdapat sekatan penghantaran tempahan atau parcel.

Pembeli kemudian diminta membuat bayaran tambahan dan dijanjikan pulangan wang selepas tempahan atau parcel diterima.

Ekoran mangsa menyedari ditipu, ‘scammer’ bertindak menyekat mangsa dan menukar identiti lain di media sosial. - Getaran, 13 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad