web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Debat Pemilikan Idea Madani, Semua Wajar Kongsi Manfaat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 8:24PM

Zairudin Hashim - Gambar ABIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Idea besar seperti 'Malaysia Madani' sememangnya bukan hak milik tunggal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana ia pernah dicetuskan ramai ilmuwan ternama.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, Anwar sendiri tidak pernah mendakwa bahawa beliau adalah pengasas atau pemilik kepada konsep tersebut. 

Tegasnya, isu pemilik sebenar idea berkenaan tidak seharusnya diperdebatkan, kerana apa yang penting adalah manfaatnya dikongsi semua pihak. 

"Elakkan perdebatan yang tidak perlu, berikan penumpuan kepada perkara yang lebih utama. 

"Kita mesti berganding bahu untuk menyatukan tenaga dan sumber – bagi membangunkan sebuah negara madani," katanya.

Zairudin berkata, adalah lebih molek untuk semua pihak berbincang mengenai usaha merakyatkan naratif Malaysia Madani, daripada sibuk berbahas mengenai pemilik sebenar idea berkenaan.

Usaha itu jelas beliau, boleh direalisasikan menerusi penganjuran pelbagai forum, wacana dan diskusi agar lebih berpaksikan rakyat.

"Tidak wujud keperluan untuk mempertikai milik siapa gagasan ini, malah ia mesti dimanfaatkan untuk negara dan rakyat. Apa yang penting ialah ia diangkat ke platform arus perdana dan direalisasikan," katanya.

Perdana Menteri baru-baru ini melancarkan slogan baharu 'Malaysia Madani' dalam usaha membina semula martabat negara yang makmur dan dikenali pada masa depan.

Anwar berkata, istilah Madani merujuk kepada tatakelola yang adil dan berkesan dalam sejarah umat Islam, bermula di Madinah.

Mengulas lanjut Zairudin berkata, usaha Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan patut menerima sokongan pada setiap peringkat. 

"Penumpuan yang sepatutnya diberikan adalah bagaimana untuk membawa manfaatnya kepada rakyat. 

"Gagasan Malaysia Madani perlu bersifat manusiawi, memandangkan inilah tuntutan yang selari dengan gagasan yang diperjuangkan Islam sendiri iaitu kemanusiaan," katanya. - Getaran, 21 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan