web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perspektif Madani Untuk Kajian Separuh Penggal RMK-12 Bantu Bina Negara Idaman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 2:07PM

Ahli-ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial yang menyertai Focus Group Pembangunan Luar Bandar bagi Kajian Separuh Penggal RMK-12 anjuran Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah - Gambar Facebook Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerapan Kajian Separuh Penggal bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) daripada perspektif madani telah menyerlahkan kepentingan sistem nilai dalam membina negara idaman.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perspektif madani itu juga menyerlahkan kepentingan dari aspek kesejahteraan, kelestarian, daya cipta, keadilan, keyakinan, kemanusiaan, hormat dan ihsan.

Menurut beliau, penghayatan madani membawa manusia, masyarakat atau kepemimpinan untuk menjadi lebih sedar akan tanggungjawab serta amanah untuk melaksanakan peranan masing-masing kepada masyarakat dan negara.

“Buat pertama kali, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menganjurkan sesi Focus Group Pembangunan Luar Bandar bagi Kajian Separuh Penggal RMK-12 bersama dengan ahli-ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial.

“Hal ini bermakna inilah pertama kali satu sesi khusus diadakan bersama mereka. Sebelum ini sesi ini dilakukan serentak dengan pihak di KKDW dan kementerian. Jadi fokus kepada pemegang taruh (stakeholder) tidak dapat diberikan perhatian yang menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, KKDW dengan menyedari situasi tersebut, mengambil pendirian untuk membuka seluas-luasnya pandangan dan maklum balas pemegang taruh, bertujuan mengumpul input berkaitan isu, cabaran dan way forward bagi pembangunan luar bandar yang sangat diperlukan.

“Ia membolehkan pelbagai isu, cabaran dan pendekatan serta strategi baharu telah diutarakan seperti menangani masalah infrastruktur dan perhubungan di luar bandar, sama ada dari segi jalan perhubungan dan komunikasi, hubung-kait di antara alam sekitar dan sumber pendapatan.

“Ia turut mencakupi isu degradasi tanah, kurang pendedahan kepada pengetahuan dan teknologi baharu, kebergantungan kepada bantuan, kekurangan penglibatan belia dalam pembangunan kampung dan masalah buta huruf, terutamanya di kalangan Orang Asli dan pedalaman,” katanya.

Jelas beliau, sesi libat urus itu juga membantu mengenal pasti masalah kekurangan penggunaan data dalam merancang pembangunan dan kesemua ini telah diperinci serta diberikan perspektif dan cara untuk ditangani.

“Terdapat pelbagai cadangan untuk bergerak ke depan yang sangat menarik daripada ahli akademik, NGO dan perusahaan sosial yang dijemput. 

“Selain daripada memperkukuh program sedia ada, terdapat cadangan yang diterima  untuk meningkatkan bilangan program berasaskan komuniti, menjadikan program pembangunan kampung lebih menarik untuk menyemai minat belia dan memperkukuh latihan kepimpinan kampung termasuk di kalangan belia dan wanita.

“Terima kasih kepada kumpulan fokus yang melibatkan penyertaan ahli akademik Universiti Malaya, Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma; Yayasan Hasanah, Yayasan Kajian dan Pembangunan Masyarakat (YKPM), Langit. Co dan Global Peace Festival Malaysia Berhad yang sudi meluangkan masa dan berkongsi idea, pengalaman serta sama-sama membina kaedah penyelesaian.

“Ini semua untuk memastikan Rancangan Malaysia Ke-12 ini menjadi lebih efisien dan berjaya dilaksanakan dengan memberikan impak yang lebih besar untuk kemajuan desa dan wilayah serta membina negara lebih baik,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad