web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Kompaun Pelajar Tidak Memakai Pelitup Muka Selesai

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 11:42AM

Gambar menunjukkan pegawai KKM mengeluarkan kompaun kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang tular di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LARUT - Kes enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang tular kerana dikenakan kompaun akibat tidak memakai pelitup muka telah diselesaikan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamaruddin.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan pihak kolej, Pusat Kesihatan Kampar dan Pengarah Kesihatan Perak baru-baru ini dan satu keputusan diambil, iaitu pelajar terlibat tidak perlu membayar kompaun dikenakan.

“Kes itu telah selesai dan pelajar terbabit tidak perlu membayar satu sen pun saman (kompaun) yang dikenakan kepada mereka jadi pelajar tidak perlu runsing...saya juga berjumpa dengan salah seorang bapa pelajar dan memberitahu kes telah selesai.

Saya membantu untuk menyelesaikan masalah mereka kerana mereka akan menghadapi peperiksaan, saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu,” katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Kesihatan Selama di sini hari ini.

Pada 19 April lepas, tular di media sosial berhubung enam pelajar berkenaan dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka.

Tindakan mengenakan kompaun itu menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang mempertikai tindakan KKM itu kerana pelajar terbabit dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan dan tidak dibenarkan keluar.

KKM dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.

Sementara itu, Mohd Akmal memaklumkan seramai 30 Ahli Jawatankuasa (AJK) di dua masjid di Kamunting dan Taiping disahkan positif COVID-19.

Katanya daripada jumlah itu, seramai 27 individu membabitkan AJK dan jemaah di Masjid Kampung Expo, Kamunting dan tiga dari Masjid Pokok Asam di Taiping.

Beliau berkata siasatan mendapati seorang AJK Masjid Kampung Expo telah pergi ke Pangkor sebelum terbabit dengan aktiviti bertadarus di masjid itu.

Mohd Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama berkata ujian calitan telah  dijalankan  ke atas jemaah di kedua-dua masjid berkenaan bagi mengetahui sama ada mereka dijangkiti COVID-19.

“Keputusan ujian calitan jemaah yang lain masih belum diketahui dan aktiviti solat fardu di dua masjid itu hanya dibenarkan dihadiri oleh AJK sahaja manakala jemaah lain tidak dibenarkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

PM Mahu Pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu Disegerakan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad