web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Mahu Pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu Disegerakan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2026 3:31PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Bukit Payong di sini dengan peruntukan awal sebanyak RM27 juta disegerakan bagi mewujudkan peluang pendidikan lebih luas.

Beliau berkata langkah itu juga penting bagi memastikan kemudahan pendidikan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh pelajar secepat mungkin, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh akses kepada pendidikan berkualiti di seluruh negara.

"Yang memohon dari Terengganu ke program matrikulasi, sudah melebihi 7,000 orang. Malah, dari segi ruang pendidikan matrikulasi belum ada di negeri ini, jadi maknanya keperluan kolej ini tak boleh dipertikaikan.

"Projek ini walaupun bermula dengan RM27 juta, tetapi bila siap kelak, projek ini besar (manfaatnya) kalau kita boleh segerakan," katanya ketika berucap semasa Majlis Pecah Tanah Kolej Matrikulasi di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Kolej Matrikulasi Terengganu menerima peruntukan awal sebanyak RM27 juta dan akan mempunyai kapasiti sehingga 3,000 pelajar serta dilengkapi kemudahan makmal moden, asrama pelajar selain kemudahan akademik lengkap.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan juga akan menumpukan kepada pelaksanaan program dan projek pendidikan yang boleh menjamin masa depan golongan muda.

Beliau berkata Jemaah Menteri bulan lepas turut memutuskan pelajar yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, secara automatik diberikan ruang untuk pendidikan lebih tinggi, misalnya di kolej matrikulasi.

Anwar berkata dalam masa yang sama kuota kemasukan 90 peratus bagi pelajar Bumiputera dikekalkan.

"Jadi, dalam hal ini yang paling pintar anak orang kaya di bandar tidak disisihkan, 90 peratus kuota (pelajar Bumiputera) dikekalkan supaya jangan berlaku kesenjangan yang terus melebar di antara golongan kaya dan miskin," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menasihatkan golongan muda supaya mempertingkatkan pendidikan dalam penyelidikan dan sains serta teknologi dengan mencontohi keupayaan Iran dalam bidang itu sehingga mampu mendepani ancaman.

"Pengajaran daripadanya, iaitu kekuatan perpaduan masyarakat Iran dan mutu pendidikan, penyelidikan, sains dan teknologi yang diberi penekanan sehingga mereka boleh bertahan tatkala diserang oleh kekuatan ekonomi dan ketenteraan terbesar di dunia, Amerika Syarikat dengan sekutunya Israel," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

2

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar