web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Lawatan dibuka untuk semua kaum pelbagai agama bagi menonjolkan keistimewaan dan keunikan tradisi masjid-masjid di Malaysia.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2024 1:09PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Islamic Tourism Month 2024 (ITM 2024) kali ini sekali lagi dimeriahkan dengan Hari Terbuka Masjid yang akan menemui masyarakat di lokasi terpilih seluruh negara, bermula 6 hingga 8 September 2024.

Penganjuran kali ini ingin menonjolkan keistimewaan dan keunikan tradisi masjid-masjid di Malaysia supaya pengunjung pelbagai kaum boleh menyelami dunia seni binanya sekaligus mengimbau warisan dan karya seni yang membentuk mercu tanda kerohanian pelbagai kaum negara ini.

Hari Terbuka Masjid ini diadakan secara berperingkat di beberapa masjid ikonik terkemuka Malaysia, untuk membolehkan pengunjung dan orang awam menghargai reka bentuk unik, simbolisme budaya, dan kepentingan sejarah setiap masjid yang menjangkau ratusan tahun.

Jadual penuh Hari Terbuka Masjid sempena ITM 2024 adalah seperti berikut:

● Masjid Sendayan, Negeri Sembilan | 6 September | 5 petang,
● Masjid Ulul Albab, Terengganu | 7 September | 10 pagi - 4 petang,

● Masjid Putra, Putrajaya | 15 September | 10 pagi - 4 petang,
● Masjid Sultan Idris Shah II, Perak | 19-21 September | 9 pagi - 9 malam,
● Masjid Tengku Tengah Zahrah, Terengganu|21 September |7:30 pagi - 12.30 tgh;
● Masjid Negara, Kuala Lumpur | 28 September | 9 pagi - 12.30 tengahari, dan


● Masjid Diraja Ala’eddin, Selangor | 28 September |7.30 pagi - 2 petang.
● Masjid Negeri Pahang, Pahang | 29 September | 9.00 pagi ke atas.

Pengunjung ke Hari Terbuka Masjid akan diraikan dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah perdana, pameran jabatan-jabatan kerajaan, sukan rakyat, kempen derma darah dan lawatan berpandu yang akan menceritakan kisah di sebalik seni bina menakjubkan yang merentasi pelbagai negeri di Malaysia.

Pelbagai pertandingan seperti pertandingan kompang dan seni khat juga dibuka kepada awam.

Berlangsung dari 16 Ogos hingga 30 September 2024, ITM 2024 menawarkan pelbagai acara sepanjang bulan dan tawaran pelancongan kepada orang ramai, pelancong, penggiat industri pelancongan, serta usahawan, memberikan pengalaman pelancongan Islam yang berharga dan unik di Malaysia.

Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan merasmikan pelancaran awal ITM 2024 pada 2 Ogos lalu, anjuran Islamic Tourism Centre (ITC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) - bertujuan untuk merancakkan sektor pelancongan mesra Muslim dalam negara.

Pengunjung Hari Terbuka Masjid juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM50,000 dengan menyertai Cabaran TikTok ITM 2024 dengan berkongsi pengalaman meneroka ketakjuban warisan dan seni bina masjid-masjid di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.itm.itc.gov.my. – Getaran, 6 September 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Hebat Awak Dik!

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?