web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trailer Filem ‘Pulau’ Dikecam Tonjol Kelucahan Melampau, ‘Menteri Sila Bertanggungjawab…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 7:00AM

Filem ‘Pulau’ yang diterbitkan oleh My Way Pictures dengan kerjasama Film Force Studios bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan. - Tangkapan layar YouTube WebTVAsia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Trailer filem tempatan, ‘Pulau’ mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk tokoh agama yang mengecam adegan tidak senonoh dalam filem itu.

Menerusi satu catatan di Facebook, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid menggesa Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk menyemak semula kelulusan tayangan filem tersebut.

“Berdasarkan trailer filem itu, terdapat banyak adegan lucah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

“Kami membantah mana-mana kandungan media yang menonjolkan kelucahan melampau bercanggah dengan Rukun Negara mengenai kesopanan dan ketatasusilaan,” katanya.

Perkara itu turut mendapat perhatian mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary yang mempersoalkan sikap menteri dalam kerajaan perpaduan yang diam membisu mengenainya.

“Filem ‘Pulau’ mengandungi babak lucah yang berlebihan. (Kenapa) Tidak ada menteri yang bersuara pun (mengenai perkara itu)?” soalnya dalam satu catatan ringkas di Facebook.

Filem itu yang diterbitkan oleh My Way Pictures dengan kerjasama Film Force Studios bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.

Ia menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Namron dan Amelia Henderson, bekas ratu cantik, Sanjna Suri dan gadis muka depan Malaysian Penthouse serta bintang pornografi dalam talian, Siew Pui Yi.

Walaupun majoriti netizen mengkritik trailer filem itu, tidak kurang juga menyokong dengan mengatakan penonton boleh memilih untuk tidak menontonnya jika adegan panas tersebut membuatkan mereka tidak selesa.

Komen sedemikian dinyatakan pengasas bersama Undi18, Tharma Pillai yang berpendapat, kebencian ditujukan kepada filem itu tidak sepadan dengan gesaan agar industri seni tempatan mendapat sokongan lebih baik.

“Kita mengadu filem dan seni Malaysia tidak boleh berkembang, tetapi lihat pada bilangan orang yang meminta penapisan. (Bagaimanapun), ia hanya adegan bercium dan (pelakon) dalam bikini, yang kita semua lihat dalam filem antarabangsa.

“Tak suka, tak payah tengoklah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter, @amrufateh menegaskan bahawa poster rasmi ‘Pulau’ diciplak daripada filem seram 2020, Fantasy Island.

Seperti beberapa pengguna lain, dia turut menggesa Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk “bertanggungjawab” dan menjalankan tugasnya.

Pengguna Twitter, @dass_terrence pula menegaskan wanita yang mendedahkan pakaian renang tidak boleh dianggap sebagai ‘soft porn’ kerana ia hanyalah sejenis pakaian.

Pada masa sama, pengguna Twitter, @TechieKitteh turut mengkritik struktur kreatif trailer itu yang “dihasilkan dengan teruk” dan membayangkan klip tersebut sebenarnya boleh disunting dengan lebih baik.

“Trailer hanya perlu memberi anda gambaran tentang apa yang berlaku, jadi anda menantikan keseluruhan filem, bukan ringkasan eksekutif filem itu,” katanya. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Perbualan Lucah: Mohammad Agus Akan Dipanggil Sekali Lagi - KPN

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran