web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

Imej-imej yang digunakan tidak bersesuaian dengan penampilan si pemilik jenama, Neelofa yang kini berhijab dan berpurdah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2024 1:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nilofa Group akhirnya tampil dengan permohonan maaf selepas teknik pemasaran yang menggunakan pelbagai imej berbaur lucah mengundang reaksi negatif daripada warganet.

“Kami dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas salah faham yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan.”

“Kami mengambil maklum pantau tegur daripada masyarakat dan berjanji untuk lebih berhati-hati serta sensitif dalam setiap komunikasi kami pada masa akan datang. Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua,” tulis mereka dalam satu hantaran di akaun Instagram semalam.

Selain itu, syarikat ini juga didapati telah memadam semua hantaran yang melibatkan imej-imej ‘double meaning’ yang telah dimuat naik sebelum ini.

Semalam, syarikat yang punya kaitan dengan pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, 35 atau Neelofa ini mengundang perhatian dan kecaman daripada orang ramai selepas sebuah portal berita membuat pendedahan mengenai isu itu.

Ramai yang meluahkan kekecewaan kerana berasa ‘jijik’ dengan imej-imej yang dipaparkan. Malah, ramai juga yang terkejut dan tertanya-tanya bagaimana teknik pemasaran sebegitu boleh diterima oleh seorang personaliti yang berstatus hajjah, berhijab dan berpurdah.

Neelofa
Neelofa

Jika diimbas, ini bukan kali pertama Neelofa terpalit dengan kontroversi melibatkan teknik pemasaran produk. Pada 2018, personaliti ini bikin gempar apabila mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa, di bawah jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam di ibu kota.

Pada ketika itu, Neelofa memberi alasan lokasi itu dipilih kerana ia sesuai dengan tema dan bajet untuk acara berkenanan. Malah, ketika itu dia juga menegaskan yang dia tidak peduli dengan cakap-cakap orang.

Pada 2019, produk keluaran syarikatnya sekali lagi mengundang perbahasan di kalangan warganet. Kali ini melibatkan iklan susu pisang yang ‘overclaim’, di mana khasiat atau kandungan yang dinyatakan pada pek adalah palsu dan mengelirukan pengguna.

Jadi, apa pula alasan yang akan diberikan oleh Neelofa untuk kontroversi kali ini? Adakah ia disengajakan agar ia sohor di media sosial? Maklumlah, produk minuman ini mula dipasarkan pada Disember 2023. – Getaran, 29 Jun, 2024

Foto : IG Neelofa

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Perbualan Lucah: Mohammad Agus Akan Dipanggil Sekali Lagi - KPN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Analisis Pemacu Pena Dipercayai Mengandungi Bahan Lucah Ambil Masa 2 Hari

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Terdapat Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit Dianalisis Polis

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM