web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Analisis Pemacu Pena Dipercayai Mengandungi Bahan Lucah Ambil Masa 2 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 8:56PM

Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hadir di Mahkamah Majistret Tenom pada 27 September tahun lalu untuk perbicaraan kes gangguan seksual. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Saksi kelapan perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa beliau mengambil masa selama dua hari untuk menganalisis data di dalam pemacu pena yang dipercayai mengandungi bahan berunsur lucah.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching, 43, berkata data diperoleh disimpan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) PDRM dan beliau turut menyerahkan laporan berhubung perkara itu kepada pegawai penyiasat pada 10 Januari lalu.

Beliau berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad dalam pemeriksaan utama mengenai hasil analisis saksi terhadap barang kes yang diterima pada 9 Disember 2022.

Bagaimanapun, peguam Ram Singh memohon supaya keterangan saksi itu berhubung data yang diperoleh daripada pemacu pena dipadam sehingga pembelaan menerima salinannya.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan itu dan memaklumkan Yip boleh disoal semula selepas pembelaan berpeluang meneliti serta mengkaji kandungan pemacu pena dan DVD-R berkenaan.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 9 Januari tahun depan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Perbualan Lucah: Mohammad Agus Akan Dipanggil Sekali Lagi - KPN

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kumpulan Whatsapp Mengandungi Gambar, Video Berunsur Lucah Ditemukan Dalam Telefon Bimbit - Saksi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

936 Gambar Tangkap Layar Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit - Saksi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar