web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


936 Gambar Tangkap Layar Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit - Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 7:09AM

Ebit Lew - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret di sini semalam bahawa sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh hasil analisisnya daripada sebuah telefon bimbit.

Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz, 43, berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.

"Saya mohon untuk merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021," kata saksi ketujuh pendakwaan itu.

Latifah turut memaklumkan beliau juga diarahkan untuk menjalankan analisis bagi sebuah lagi telefon bimbit dan menemui lapan imej berunsur lucah.

Beliau berkata imej-imej itu adalah daripada aplikasi WhatsApp dan mendapati hanya satu imej sahaja yang mempunyai penambahan pelekat aplikasi WhatsApp.

Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa laman sesawang itu diakses daripada aplikasi Google.

Pada prosiding hari ini, peguam Ebit Lew Ram Singh membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google. 

Peguam itu berkata beliau berpendapat tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman sesawang sebenarnya dilawati sebagaimana dikatakan saksi. 

Ram Singh berkata terlalu banyak carian dibuat di dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan. 

Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh-tarikh pertuduhan.

Zahida berkata keterangan itu penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang melayari laman sesawang berkenaan sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Analisis Pemacu Pena Dipercayai Mengandungi Bahan Lucah Ambil Masa 2 Hari

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kumpulan Whatsapp Mengandungi Gambar, Video Berunsur Lucah Ditemukan Dalam Telefon Bimbit - Saksi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Terdapat Sejarah Layari Laman Sesawang Lucah Dalam Telefon Bimbit Dianalisis Polis

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bicara Ebit Lew: Gambar Dipercayai Berunsur Seksual Adalah Tangkap Layar Aplikasi Perbualan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad