web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Perbualan Lucah: Mohammad Agus Akan Dipanggil Sekali Lagi - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 8:08AM

Dr Mohammad Agus Yusoff - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil sekali lagi bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff untuk dirakam keterangan, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular sejak petang semalam, telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semalam PDRM telah memanggil Mohammad Agus untuk diambil keterangan.

“Sepatutnya hari ini sambung (rakam keterangan) tetapi beliau (Mohammad Agus) tidak sihat,” katanya ringkas kepada BERNAMA semalam.

Razarudin berkata tempat untuk menyambung rakaman percakapan Mohammad Agus akan ditentukan kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu bergelar 'Mr H' yang dikaitkan dengan kes berkenaan.

“Siasatan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti individu berkenaan seperti yang turut dikaitkan dalam kes itu,” katanya.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya semalam di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad