web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 7:45PM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Semakan dilakukan terhadap klip video tular berkenaan seorang individu yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel mendapati ia berlaku pada Disember 2021 tetapi ditimbulkan semula di media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

"Semakan menunjukkan ia (video) daripada YouTube 'Malaysia And Israel - From Enemies To Allies?'. Berdasarkan carian dalam YouTube video itu adalah pada 17 Disember 2021, bukan 2023. Dua tahun yang lalu, waktu itu saya bukan menteri," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, hari ini.

Fahmi berkata, persoalan mengapa tiada tindakan diambil terhadap video tular itu seharusnya ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu.

Satu video tular di media sosial berhubung seorang individu dikenali sebagai 'Victor Yong Jen Ong' yang mahu hubungan diplomatik dijalinkan antara Malaysia dan Israel yang dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan.

Fahmi juga  menasihatkan orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu sama ada sesuatu video itu sahih, baru atau telah ditular sebelum ini.

Ketika ditanya kebimbangan netizen berkenaan maklumat pengguna yang menebus RM100 eMADANI tidak dilindungi,  Fahmi memberi jaminan bahawa data peribadi rakyat termasuk yang menebus kredit eMADANI adalah selamat dan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak kerana ia adalah komitmen kerajaan.

Penebusan kredit eMADANI bermula 4 Disember lalu adalah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000 dan dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Singapura 21 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar