Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

Selebriti Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 8:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini , selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi. 

Kali ini dia dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada seorang pemanggil radio Era yang menceritakan kisahnya ditinggalkan ibu kandung sejak kecil. 

Pemanggil tersebut meluahkan perasaannya yang sukar untuk memaafkan perbuatan ibu kandungnya kerana ditinggalkan sejak berusia 13 tahun untuk menjadi isteri kedua kepada lelaki lain. Hidupnya bertambah sengsara apabila bapanya meninggal dunia dan dia terpaksa membesarkan adik-adik. 

Neelofa yang ketika itu menjadi tetamu undangan bersama penyampai, Nabil Ahmad telah menasihati pemanggil tersebut supaya memaafkan ibunya. Disebabkan itu, mereka berdua dikecam netizen kerana dikatakan tidak layak untuk memberikan nasihat kerana tidak pernah berada di dalam situasi pemanggil tersebut. 

Neelofa sewaktu ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Astro berkata, dia akui terkhilaf memberikan pandangan dalam waktu yang sangat singkat dan tidak menyeluruh.

"Saya akui ketidak sempurnaan saya dalam memberi pandangan secara menyeluruh. Saya bercakap dari sudut agama bagaimana hubungan anak dengan ibu bapa. Tetapi mungkin saya tidak menyentuh bab-bab lain seperti kesihatan mental, simpati, keperitaan hidup dan sebagainya. Itu saya akui dan akur.

"Bila kita bercakap tentang ibu bapa, ia adalah sesuatu yang sangat berat dan besar di sisi Allah swt. Susah untuk kita berdebat sebab sudah terang lagi bersuluh dalam Al Quran dan hadis menyatakan bahawa reda Allah bergantung pada reda ibu bapa, marah Allah bergantung pada marah ibu bapa.

"Dalam ayat-ayat Al Quran juga menyatakan bahawa jangan sekali-kali mensyirikkan Allah serta berihsan dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa. Ini menunjukkan betapa besarnya darjat ibu dan bapa," katanya. 

Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dalam hidup ini ada beberapa benda yang tidak boleh dipilih, antaranya kedua ibu bapa. 

"Kita tak ada pilihan untuk tentukan siapa ibu dan bapa kita. Kadang-kadang kita diuji dengan ibu dan bapa yang tidak bertanggungjawab. Itu adalah ujian Allah pada kita.

"Tapi kita sebagai anak ada kadarnya. Dalam Al Quran ada tertulis, jika ibu dan bapamu menyuruhmu untuk mensyirikkan Allah, maka janganlah mentaatinya. Tetapi berbuat baiklah dengan mereka tentang urusan dunia.

"Maknanya sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa kita. Jika mereka panggil, kita datang. Kita balik ziarah. Tidak meninggikan suara dan bermasam muka.

"Selagi kita hidup, selagi kita ada peluang dan ruang untuk memaafkan, berbuat baik, berkhidmat, hormat dan taat kita buat sehabis baik untuk ibu bapa kita," jelasnya.

Ujar Neelofa lagi, dia turut mengerti keperitan hidup yang dialami oleh pemanggil tersebut, namun berharap pemanggil tersebut dapat mencari sedikit ruang untuk memaafkan ibu kandungnya. 

"Apa yang pemanggil tersebut lalui bukan sesuatu yang mudah. Alhamdulillah Allah beri dia kekuatan untuk membesarkan adik-adiknya dengan baik.

"Sekiranya ibu kandungnya datang dengan penuh harapan, penuh penyesalan dan bertaubat, carilah sedikit ruang untuk memaafkan. Ambil yang baik.

"Buatlah baik semampu boleh kerana agama menuntut kita untuk tidak bertindak yang tidak selayaknya kepada ibu bapa kita. Kita tak boleh kurang ajar atau meninggikan suara kepada ibu kita walaupun ibu bapa kita itu seorang pelacur, kaki judi dan sebagainya," ujarnya. 

Ditanya tentang kata-kata netizen yang membandingkan kehidupannya yang tampak sempurna dengan orang lain, kata Neelofa perkara itu tidak adil. 

"Tidak adil untuk mereka di luar sana menghakimi dengan mengatakan hidup saya sempurna berbanding orang lain.

"Saya tidak pernah kongsi tentang ibu bapa saya. Ibu dan bapa kandung saya juga bercerai. Tetapi tidak bermaksud kehidupan saya sempurna dan baik-baik sahaja. Tetapi kita lalui hidup ini dengan cara yang betul seperti yang telah diajar," katanya. 

Dalam perkembagan lain, Neelofa bakal muncul dengan program Next To Neelofa sempena Syawal ini di mana antara tetamu jemputannya ialah Fasha Sandha dan Nora Danish. - Getaran, 28 Mac 2024

Foto : Astro

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Tak Perlu Keliru, Era Tetap Stesen Radio Nombor Satu Malaysia Yang 'Legit'

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Berpurdah Dan Berbadan Dua Bukan Penghalang Buat Neelofa Disunting Menjadi Model Jenama Mewah Antarabangsa

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Jangan Salah Tafsir Mesej Saya - Neelofa

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Hawa Rizwana Dilantik Sebagai Pengacara Baharu MeleTOP Menggantikan Tempat Neelofa

Sorotan

1

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

4

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

5

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran