web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Perlu Keliru, Era Tetap Stesen Radio Nombor Satu Malaysia Yang 'Legit'

Menurut Pengurus Kandungan Era, stesen mereka menggunakan khidmat pengukur jumlah pendengar yang dipersetujui oleh semua stesen radio yang lain antaranya Suria FM

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 9:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendengar radio ataupun netizen tidak perlu keliru tentang status radio nombor satu negara yang melibatkan radio Era dan Hot FM kerana Era menggunakan khidmat pengukur jumlah pendengar GfK (Growth from Knowledge) yang turut digunakan oleh stesen-stesen radio lain di Malaysia. 

Menurut Pengurus Kandungan Era, Niq Nur Azarina, kesemua stesen radio di Malaysia bersetuju menggunakan kaji selidik yang dilakukan oleh GfK, disebabkan itu setiap kali jumlah rating pendengar dikeluarkan, mereka pasti akan meletakkan nama radio lain dalam senarai. 

"Hasil daripada kajian GfK, Era masih kekal sebagai radio nombor satu paling tinggi jumlah pendengar sebanyak 5.3 juta. 

"Jika ada stesen radio lain yang mengaku mereka adalah stesen radio nombor satu, mungkin mereka menggunakan khidmat pengukur jumlah pendengar yang lain. 

"Seperti yang Era selalu katakan, rating kami adalah legit kerana menggunakan khidmat pengukur yang turut digunakan oleh stesen-stesen radio yang lain," katanya ketika ditemui di Astro Audio Open Day.

Niq Nur Azarina
Niq Nur Azarina

Tambah Azarina lagi, jika dibandingkan jumlah pendengar hasil kajian daripada dua badan pengukur tersebut (GfK dan Nielsen Consumer and Media View), jumlah pendengar Era masih jauh lebih tinggi.

“Radio lagi satu mencatat jumlah pendengar tak sampai 4 juta. Bermakna Era memiliki jumlah pendengar paling tinggi,” katanya.

Ditanya adakah Era juga akan menggunakan khidmat pengukur yang lain untuk membuktikan mereka nombor satu, kata Azarina tiada keperluan untuk mereka berbuat demikian. 

"Disebabkan semua radio menggunakan khidmat GfK, jadi kami rasa tak perlu nak buktikan dengan memilih pengukur yang lain. Apa gunanya? 

"Radio lagi satu yang menggunakan khidmat pengukur yang lain, kalau kita tengok keputusan jumlah pendengar mereka masih sama dengan keputusan yang dikeluarkan oleh GFK,” katanya.

Terdahulu, sebelum ini stesen radio di bawah syarikat Media Prima Berhad iaitu Hot FM mendakwa mereka adalah stesen radio nombor satu negara hasil kajian daripada Nielsen Consumer and Media View yang dikeluarkan pada November 2023. - Getaran, 15 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Siti Elizad 'Bunga' Yang Bakal Serikan Konti Sinar Bersama Jep, Angah Dan Rahim

3

Muzik 3 tahun yang lalu

ERA Perkenal Segmen, Penyampai Baharu Dan Lama Yang Diserap Masuk 

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Suria FM Catat 3.4 Juta Pendengar Seminggu

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin