Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Suria FM Catat 3.4 Juta Pendengar Seminggu

Stesen radio popular, Suria FM sekaligus mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% atau 350,000 pendengar.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 7:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berdasarkan keputusan terbaru kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 1 2022, Suria FM kini berjaya menarik lebih daripada 3.4 juta pendengar seminggu sekaligus mencatatkan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% atau 350,000 pendengar.

Segmen Team Pagi Suria gabungan Ajak, Fizi Ali dan Suraya Borhan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi turut mengekalkan takhta peningkatan pendengar mingguan tertinggi sekali lagi iaitu sebanyak 18% daripada pengukuran (Wave) sebelumnya dan juga peningkatan pendengar eksklusif tertinggi sebanyak 22% di antara semua stesen radio berbahasa Melayu untuk Wave 1, 2022.

Segmen 'Suria Cinta' yang dihoskan oleh DJ LIN, kekal sebagai segmen radio yang mempunyai tempoh masa mingguan tertinggi dihabiskan untuk mendengar (TSL) di antara stesen radio komersial berbahasa Melayu iaitu selama 2 jam 40 minit sepanjang Ahad hingga Jumaat dari jam 8 malam hingga 1 pagi.

Manakala slot ‘Gaya Suria’ kelolaan Cik Piah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 1 petang dan Suria Petang yang dikendalikan oleh Sharifah Shahirah dan Tyzo pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 3 petang hingga 7 malam kedua-duanya telah mencatatkan trend peningkatan pendengar mingguan yang konsisten dan tertinggi dari sisi tempoh masa mingguan dihabiskan untuk mendengar (TSL) Segmen Gaya Suria dan Suria Petang antara 3 stesen berbahasa Melayu komersial yang mencatatkan pendengar mingguan tertinggi berbanding segmen-segmen di slot masa yang sama.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin kejayaan yang diperolehi ini adalah hasil kerjasama padu yang diberikan oleh semua anak buahnya di Suria FM. 

“Dibantu dengan formula yang berkesan, fokus yang tinggi serta komitmen terbaik, alhamdulillah hasilnya sangat menggembirakan. 

Kami di Suria sentiasa bersyukur dan akan berusaha untuk terus meneroka idea baharu sejajar dengan perkembangan teknologi digital masa kini. 

Kami sentiasa komited untuk meningkatkan prestasi radio dari segala aspek khususnya digital dan dengan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% ini serta sambutan luar biasa bagi seleksi program raya Suria yang kami pertaruhkan pada tahun ini pastinya akan menjadi pemangkin semangat untuk kami terus menghasilkan produk Suria yang berkualiti demi memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar,”  katanya.

Kempen Raya Suria FM pada tahun ini diakhiri dengan Majlis Amal sebagai memenuhi Tanggungjawab Sosial kami terhadap masyarakat.

Pada 30 Mei lalu ‘Team’ Suria FM telah menyantuni warga di Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan dengan mengadakan majlis jamuan raya,  pengagihan ‘Kotak Infak Suria’, penyerahan sumbangan duit raya kepada para pelajar ASDAF, sesi beramah mesra bersama para penyampai Suria dan dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada penyanyi terkenal,  Nabila Razali.  

Selain itu, Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor yang turut hadir pada majlis tersebut mengucapkan rasa syukur dan berbesar hati dengan jalinan kerjasama melalui kempen bersama Suria FM dalam mengagihkan ‘Kotak Infak Suria’ kepada golongan saudara baru dan juga anak-anak di Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF).

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Perkim atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan kempen ‘Kotak Infak Suria’.

Juga kepada semua pembeli yang sudi menginfakkan ‘kotak pahala’ bersama kami di Suria. Terima kasih kepada semua pendengar setia yang menjadikan Suria radio pilihan dan sentiasa dekat dihati anda,” kata DJ Lin. - Getaran, 9 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

Tak Perlu Keliru, Era Tetap Stesen Radio Nombor Satu Malaysia Yang 'Legit'

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'