web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

Kedudukan itu menyaksikan Suria FM kini sebaris dengan beberapa penerbit audio dunia lain seperti iHeartRadio, PrisaRadio dan Grupo Bandeirantes

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 12:11PM

gambar Suria FM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung kalinya, Suria FM menduduki ranking ke-30 dalam senarai ‘Penarafan Bulanan Metrik Penstriman Digital Triton Secara Global’ oleh Triton Digital, baru-baru ini. 

Suria FM berjaya catat sebanyak 10,771 ribu AAS (average active sessions), 2.6 juta SS (session starts), dan 1.18 ATSL (average time spent listening) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam. 

Manakala, bagi setiap Isnin hingga Ahad dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam pula, berjaya meraih sebanyak 7,963 AAS (average active sessions), 4,4 juta SS (session starts), and 1.01 ATSL (average time spent listening). 

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), meluahkan rasa syukur di atas pengiktirafan dan kejayaan Suria dalam menduduki kedudukan ke-30 teratas bagi keputusan Penstriman Digital Triton Global yang dikeluarkan, baru-baru ini. 

“Kedudukan di ranking ini bukan hanya satu pengiktirafan, tetapi juga satu pencapaian yang memotivasikan kami untuk terus berkembang dan terus menyampaikan kandungan berkualiti kepada pendengar setia Suria FM khususnya buat mereka yang mendengarkan siaran Suria FM di suria.my, juga di platform digital yang lain,” ujar DJ Lin. 

DJ Lin
DJ Lin

Pengiktirafan ini membuktikan keberadaan Suria FM dalam kalangan kedudukan penerbit audio terbaik dunia sebaris dengan beberapa penerbit audio dunia lain yang tersenarai seperti iHeartRadio, PrisaRadio, Grupo Bandeirantes, dan banyak lagi. Ia juga sekaligus meletakkan Suria FM sebagai salah satu saluran digital kreatif pilihan ramai. 

Januari lalu, Suria FM memperkenalkan barisan penyampai baharu, Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan sebagai langkah strategik supaya terus kekal relevan serta meningkatkan mutu dengan menghasilkan produk yang lebih menarik kepada barisan pendengar.

Selain memperkenalkan penyampai baharu, Suria FM turut mengumumkan mengenai seleksi program menarik bagi tahun 2024. Antaranya, ‘Seikhlas Suria’ yang memberi peluang untuk pendengar merebut wang tunai berjumlah RM 300, dan ‘Ybae Suria Masuk Kampung’,  program CSR bagi mendekatkan penyampai Suria bersama penduduk setempat sepanjang Ramadan nanti.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.suria.my atau ikuti mereka di media sosial. – Getaran, 10 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Tyzo Kecewa Perkhidmatannya Ditamatkan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa