web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tyzo Kecewa Perkhidmatannya Ditamatkan

Penyampai radio berkenaan turut memohon maaf kerana pengundurannya itu bukanlah atas kehendak dirinya

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 3:23PM

gambar Instagram tyzoxander

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2023, Tyzo Xander yang ditamatkan perkhidmatannya di Suria FM bermula hari ini tampil meluahkan kekecewaannya secara terbuka di akaun media sosial miliknya.

Dia juga tanpa berbasa-basi menyifatkan keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan terbabit adalah harga yang perlu dibayar selepas berjaya membawa pulang anugerah yang menjadi idaman radio popular itu. Malah, luah Tyzo, apa yang terjadi bukanlah kehendaknya kerana dia masih lagi mahu bekerja.

"Saya minta maaf kerana ini bukan keputusan saya. Saya masih lagi mahu bekerja. Saya punya anak, tapi ini bukan kehendak saya," jelas Tyzo.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Tyzo turut menyatakan penamatan tugas itu mempunyai kaitan dengan kemenangannya di ABPBH.

"Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023. Selepas ini mohon tiada pihak 'spin' cerita , olah ayat, tuduh saya diva demi menutup ayat. Hanya yang pernah lalui sahaja tahu sakitnya," luahnya.

Dalam masa yang sama, Tyzo turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan penyampainya untuk segmen Suria Petang, Sharifah Shahira atau Kak Rara.

"Saya akan rindu bekerja dengan akak. Saya tidak reda dengan pemergian ini. Tapi apa daya saya. Saya tiada kuasa, saya tiada pilihan. Saya harus pergi. Maafkan saya. Selamat tinggal Suria,” jelasnya. 

Pada Jumaat, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo secara rasminya berakhir pada petang semalam.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin menyifatkan khidmat Tyzo sangat besar sumbangannya kepada stesen radio itu. Malah, dia juga akan terus menyokong karier Tyzo di masa hadapan.

"Jalinan antara Suria FM bersama Tyzo adalah kerjasama baik sepanjang tempoh khidmatnya. Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangannya.

"Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi," ujar DJ Lin.

Jelas DJ Lin lagi, keputusan berkenaan adalah antara langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baharu. Ia bagi menghasilkan produk lebih menarik dan segar bagi tahun ini dan seterusnya.

"Suria FM sudah merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.

"Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

DJ Lin turut berharap supaya semua pencinta radio dan pendengar setia Suria terus menyokong Suria FM. – Getaran, 13 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa