Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Muka-muka baharu ini diperkenalkan sebagai langkah strategik untuk Suria FM terus kekal relevan

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 8:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suria FM memperkenalkan barisan penyampai baharu, Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan sebagai langkah strategik agar terus kekal relevan.

Langkah ini juga bagi meningkatkan mutu dengan menghasilkan produk yang lebih menarik, sekali gus memberikan yang terbaik kepada pendengar setia Suria FM.

Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin
Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid, kemasukan penyampai baharu di Suria FM ini merupakan salah satu langkah Suria seiring dengan keperluan semasa.

“Muka-muka baharu ini diambil untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tunggak utama barisan penyampai sebelum menjelang ‘Radio Survey’ yang akan berlangsung bermula 18 Februari hingga 30 Mac 2024 ini.

“Setiap penyampai dipilih melalui proses pemilihan yang teliti, menekankan kemahiran profesional dan pengalaman luas selain mempunyai bakat serta minat yang mendalam dalam bidang penyiaran radio,” ujarnya. 

Fizz Fairuz bakal ke udara di segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. Manakala Kai Hassan bakal ke udara dan mengambil alih segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 sepanjang tempoh Suraya bersalin bagi memastikan kelangsungan kualiti kandungan kedua-dua segmen ini. 

Barisan penyampai Suria FM
Barisan penyampai Suria FM

Sementara itu, Chiwan Cilok akan bergandingan bersama Rara menemani petang pendengar menerusi segmen Suria Petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 sehingga 7 petang.

Selain memperkenalkan penyampai baharu, Suria FM turut mengumumkan tentang seleksi program menarik bagi tahun 2024. Antaranya ialah:

1. Seikhlas Suria

Suria FM berbesar hati ingin memberikan wang tunai sebanyak RM24,000 kepada pendengar bagi menghargai mereka yang masih menyokong Suria FM.

Caranya mudah sahaja, bermula 22 Januari sehingga 16 Februari hadapan, pendengar hanya perlu menghantar kiriman WhatsApp bagi pendaftaran di segmen (Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta) dan pendengar berpeluang mendapat RM300! 

2. Ybae Suria Masuk Kampung 

Ybae Suria Masuk Kampung merupakan suatu program CSR bagi mendekatkan penyampai Suria bersama penduduk setempat untuk meraikan kedatangan Ramadan pada Mac nanti. Penyampai dan penduduk kampung akan menyediakan juadah dan berbuka bersama. 

Jika ingin kampung anda turut serta dalam program ini, pendengar boleh hantarkan penyertaan dengan mencalonkan nama kampung dan berikan sebab untuk Ybae Suria datang ke kawasan anda pada bulan Ramadan nanti! 

3. Kempen Raikan Yang Dirai

Bersempena Ramadan Raya yang bakal tiba, Suria FM dengan bangganya bakal menghasilkan Drama Raya Suria 2024, lagu raya Suria, dan pelbagai program menarik.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://suria.my/ atau ikuti mereka di platform media sosial, Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube. - Getaran, 21 Januari 2024

Foto : Suria FM

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Penamatan Kontrak Tyzo Diputuskan Pihak Atasan, Bukan DJ Lin

3

Selebriti 3 bulan yang lalu

Tyzo Kecewa Perkhidmatannya Ditamatkan

4

Muzik 6 bulan yang lalu

AC Gas Mahu Suria FM Tampil Bakat Baharu Di Konsert SuriaVolusi

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 5 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran