web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Elizad 'Bunga' Yang Bakal Serikan Konti Sinar Bersama Jep, Angah Dan Rahim

Stesen radio Sinar turut perkenalkan gandingan Hefny dan Falyq dalam segmen ‘Duo Sinar’ serta personaliti baharu, Putra Anuar dalam ‘R&R Sinar’.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 9:40AM

Stesen radio Sinar turut membuat perubahan dengan menampilkan gandingan baharu penyampai-penyampai radio mereka - Gambar ihsan Radio Sinar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stesen radio Sinar telah membuat perubahan dengan menampilkan gandingan baharu penyampai-penyampai radio mereka bagi memantapkan lagi persembahan dan pengisian kandungan untuk peminat-peminat setia. 

Bagi segmen ‘Pagi Di Sinar’, pelakon yang juga penyampai radio, Siti Elizad akan menemani Jep, Angah dan Rahim, manakala gandingan baharu di segmen ‘Duo Sinar’ pula menampilkan Hefny dan Falyq. 

Sementara itu, stesen radio ini turut memperkenalkan seorang personaliti baharu iaitu Putra Anuar dalam segmen R&R Sinar. 

Pengurus Kandungan Sinar, Erman Zaki berkata, pihaknya teruja untuk menampilkan barisan personaliti Sinar terkini yang diperbaharui untuk hiburan pendengar dalam segmen ‘Pagi Di Sinar’, ‘Duo Sinar’ dan ‘R&R Sinar’. 

“Kami berharap peminat akan dapat terus berhibur dengan barisan personaliti dan pengisian menarik di stesen radio ini,” katanya. 

Menerusi segmen ‘Pagi Di Sinar’, Jep, Angah, Rahim dan Siti Elizad akan terus menghiburkan peminat di setiap pagi Isnin hingga Jumaat, dari 6 hingga 9 pagi.

Antara pengisian menarik yang ditampilkan dalam segmen 'Pagi Di Sinar' ini adalah Satu Hari Satu Kata, di mana personaliti Sinar akan berkongsi satu perkataan yang jarang digunakan menurut rujukan daripada Kamus Dewan Bahasa.

Kawan Tanya Ustaz Jawab pula memberi peluang kepada  peminat bertanyakan soalan tentang ilmu agama di media sosial Sinar dan mendapatkan jawapan daripada Imam Muda Asyraf, selaku tetamu jemputan.

Meja Bulat adalah topik perbincangan harian bersama peminat, manakala Jerat Sinar adalah peluang untuk peminat berinteraksi bersama personaliti Sinar dan bermain permainan menarik.

Bagi segmen ‘Duo Sinar’ pula, Hefny dan Falyq akan menghiburkan peminat setiap setiap Isnin hingga Jumaat, dari 3 petang hingga 7 malam. 

Pelbagai pengisian menarik yang ditawarkan seperti Kisahnya, perkongsian topik semasa dan tular di media sosial, Kota Duo (permainan menarik bersama peminat), Korus Sinar (platform untuk peminat bernyanyi rangkap lirik dari lagu pilihan), manakala Cer Citer Duo adalah perkongsian topik menarik bersama peminat dengan membuat panggilan di Sinar. 

Pada waktu malam pula, peminat Sinar ditemani Putra Anuar dalam segmen ‘R&R’, setiap Isnin hingga Jumaat dari 8 malam sehingga 12 tengah malam. 

Gemar mencipta kandungan di aplikasi TikTok, Putra akan membawakan berita sukan, perkongsian trivia dan topik menarik, serta pilihan lagu-lagu terbaik menerusi Cerita Suka, Nak Tahu? Dan Kata-Kata Tak Terungkap. 

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti dan pengisian-pengisian baharu di Sinar, layari www.sinar.my atau ikuti platform media sosial. – Getaran, 31 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Keliru, Era Tetap Stesen Radio Nombor Satu Malaysia Yang 'Legit'

2

Muzik 4 tahun yang lalu

Suria FM Catat 3.4 Juta Pendengar Seminggu

3

TARA 4 tahun yang lalu

Radio Medium Hiburan Netizen Kala PKP dan Pandemik

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

“Cinta Saya Tak Pernah Hilang” Fara Fauzana Kembali Ke Hot FM

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin