Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Radio Medium Hiburan Netizen Kala PKP dan Pandemik

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik COVID-19 mengganas menyebabkan ramai rakyat Malaysia meluangkan masa mendengar radio.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 2:48PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun pandemik COVID-19 yang mula menyerang dunia sejak awal tahun 2020 telah melumpuhkan pelbagai sektor termasuk hiburan, namun ia tidak begitu menjejaskan landskap operasi medium penyiaran radio di negara ini. 

Bahkan, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang dan menyekat rakyat Malaysia untuk keluar dari rumah boleh disifatkan sebagai suatu ‘rahmat’ apabila jumlah pendengar radio lebih meningkat dan bertambah sepanjang tempoh tersebut. 

Ini diakui pengurus besar Suria FM, Roslinda Majid atau DJ Lin. Katanya, sepanjang tempoh tersebut, jumlah pendengar dan pengikut di Suria FM telah meningkat terutama menerusi aplikasi Suria Malaysia serta platform digital mereka seperti Instagram, Twitter, Facebook, YouTube dan laman web mereka.

“Bagi memastikan momentum itu terus dikekalkan, kami di Suria FM banyak menghasilkan audio Pesanan Khidmat Masyarakat yang berkaitan COVID-19 dan perkembangan info terkini mengenai virus ini untuk disiarkan di radio serta di platform digital Suria.

“Kami banyak menghasilkan kandungan digital dalam bentuk video yang menampilkan barisan penyampai Suria serta selebriti popular dalam usaha untuk menarik perhatian lebih ramai pendengar radio untuk bersama kami di Suria Malaysia.

 
? ???? - Apa Itu Cinta 3.0 | Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta ?

'Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta' Rabu 10 November 2021 10 malam 'LIVE' di Facebook SURIA dalam 'Apa Itu Cinta 3.0' bersama @djlinsuriacinta #suriacinta #apaitucinta3 #suriamalaysia #segalanyahiburan

Posted by Suria FM on Wednesday, November 10, 2021

“Kami turut menerbitkan ‘Konsert Digital Jelajah Suria’ sebagai salah satu bentuk hiburan buat pendengar khususnya yang berada di rumah. Ia juga bertujuan membantu memberikan sumber pendapatan kepada rakan rakan artis yang terjejas akibat COVID-19.

“Sepanjang pandemik, penyampai Suria FM bertugas seperti biasa di konti. Ini bagi memudahkan proses interaksi bersama pendengar selain melaporkan sebarang perkembangan terkini berkaitan COVID-19,” katanya. 

Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Sinar FM dan Gegar FM, Shidah Kassim pula memberitahu sepanjang dua tahun serangan pandemik, operasi radio masih berterusan seperti biasa, namun demi melindungi tenaga kerja, beberapa kegiatan tersekat dan terpaksa dilakukan secara norma baharu. 

“Contohnya, kita tidak dapat menerima tetamu di dalam studio sepanjang tempoh tersebut dan ia terpaksa dilakukan secara virtual. 

“Bukan itu sahaja, kami juga perlu memperbanyakkan lagi kandungan digital berbanding sebelum ini bagi mengikut trend pendengar yang meluangkan semakin banyak masa untuk mendengar Sinar FM dan Gegar FM menerusi media sosial semasa pandemik.

“Namun, sejak PKP dimansuhkan, secara perlahan-lahan kami sudah mula menerima tetamu di dalam studio,” katanya. 

Wakil Media Prima Audio, Nur Diana Mohd Radzi pula berkata, sepanjang tempoh dua tahun, penyampai-penyampai di Hot FM, Kool FM dan Fly FM sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk ke udara di rumah pada bila-bila masa dengan menggunakan teknologi terkini berkaitan radio. 

“Ia merupakan cabaran untuk memastikan kualiti bunyi berada pada tahap yang optimum. Ini juga untuk memastikan penyampai kami berada dalam keadaan sihat dan mampu ke udara pada setiap masa, sama ada di rumah mahupun dari studio. 

“Selain itu, pihak Media Prima Audio juga telah menyediakan platform digital iaitu Audio+ untuk memudahkan pendengar yang tidak mempunyai akses kepada siaran berfrekuensi dan hanya boleh menggunakan platform digital serta telefon mudah alih mendengar siaran radio,” katanya. 

 

Perancangan Untuk Memantapkan Kandungan 

Berdasarkan keputusan kaji selidik radio terkini yang diperolehi pada penghujung tahun 2021, Suria FM telah berjaya mencatatkan peningkatan jumlah pendengar paling tinggi berbanding stesen radio bahasa Melayu yang lain. 

“Ianya satu petanda yang sangat baik buat Suria FM dalam memulakan cabaran tahun 2022. Kami telah mengatur pelbagai inisiatif, perancangan serta strategi dalam memastikan Suria FM terus memperkukuhkan empayar sedia ada. 

“Khususnya untuk menawan hati pendengar baru kami di samping mengekalkan pendengar sedia ada.

“Dengan adanya barisan penyampai Suria FM yang berpengalaman luas dalam dunia radio, digabungkan pula dengan kandungan siaran yang segar dan mantap serta pemilihan lagu yang selektif dan terbaik, misi kami untuk memastikan Suria FM menjadi stesen radio utama pilihan rakyat Malaysia juga para pengiklan akan dapat direalisasikan,” kata DJ Lin yang turut bertindak sebagai salah seorang penyampai di situ. 

Jelas Shidah pula, Sinar FM dan Gegar FM akan terus menyediakan kandungan yang relevan dengan situasi semasa dan akan sentiasa mengikut trend demi memberikan kepuasan kepada para pendengar. 

“Banyak perkara telah pun direncanakan sebelum ini tetapi disebabkan pandemik, ia terpaksa ditangguhkan. Kami akan kembali aktif terutama yang melibatkan aktiviti luar. Matlamat kami bukan sahaja menghiburkan pendengar, malah menyampaikan maklumat secara santai,” katanya. 

Sementara itu, Nur Diana pula memberitahu, pendengar-pendengar akan berpeluang menyaksikan perubahan yang cukup drastik dan mantap untuk ketiga-tiga stesen radio yang berada di bawah naungan Media Prima Audio termasuk pengenalan stesen baharu mereka, Molek FM. 

“Kami memiliki penyampai yang berpengalaman dan keserasian di antara setiap penyampai serta pasukan belakang tabir yang komited bakal memantapkan lagi prestasi stesen radio kami pada tahun 2022.  Ini merupakan aset kami. 

“Kami juga kami merancang untuk melakukan pengisian yang sejajar dengan kehendak pendengar kami dan akan sentiasa menghargai serta memberikan kejutan kepada mereka dengan pelbagai kempen menarik dan eksklusif,” katanya. 

 

Pemilihan Kandungan, Isu Sensitif Ditapis 

Menurut DJ Lin, pihaknya mengutamakan isu semasa yang dekat dengan masyarakat dan sasaran umur pendengar Suria (25 tahun - 39 tahun) khususnya isu yang viral dan menjadi perhatian serta bualan masyarakat. 

“Setiap minggu penyampai dan produser akan berbincang dengan pengurus kandungan mengenai topik yang akan diketengahkan setiap hari dan topik yang dipilih berdasarkan isu semasa yang sedang rancak diperkatakan selain perkongsian cerita daripada pendengar sendiri. 

“Suara pendengar kami utamakan dalam setiap topik yang diketengahkan. Interaksi bersama pendengar bukan sahaja menerusi panggilan telefon malahan menerusi aplikasi Suria Malaysia, WhatsApp Suria serta platform sosial media Suria Malaysia.

“Di Suria, sememangnya semua penyampai telah diingatkan untuk tidak membincangkan atau menyentuh isu sensitif mengenai politik, agama dan perkauman. 

“Setiap perbualan sama ada sesama penyampai mahupun pendengar akan dirakam terlebih dahulu bagi memastikan proses suntingan dapat dibuat sebelum sesuatu ‘talkset’ itu disiarkan,” katanya lagi. 

Bagi radio Sinar FM dan Gegar FM pula, Shidah berkata, kandungan radio dipilih berdasarkan hala tuju stesen serta kelompok sasaran umur . 

 

Sempat juga @jepsepahtu tanya @thisisroyazman kenapa dah lama tak main bola ?? #PagiDiSINAR

Posted by SINAR on Thursday, February 3, 2022

“Daripada situ, kami akan kenal pasti apakah kandungan yang sesuai untuk diketengah untuk setiap stesen bagi memenuhi citarasa sasaran pendengar stesen.

“Bagi mengelakkan penyampai menyentuh isu-isu sensitif, mereka perlu sediakan show prep kepada pengurus kandungan untuk mendapatkan kelulusan sebelum mereka ke udara. 

“Selain itu, sekiranya kami buat kandungan yang mengaitkan isu-isu sensitif, rakaman audio akan dihantar kepada pihak regulatory kami terlebih dahulu untuk kelulusan sebelum ia ke udara,” katanya lagi. 

Hal yang turut dipraktikkan di Hot FM, Kool FM dan Fly FM. Jelas Nur Diana, setiap penyampai radio di bawah Media Prima Audio telah diberi garis panduan dan juga penekanan penting tentang apa yang boleh dibincangkan di tetuang udara.

“Jika satu isu sensitif ingin diperkatakan, ia perlu disokong dengan justifikasi dan kelulusan daripada pihak atasan. Ia tidak boleh dilakukan secara rawak mahupun sembarangan,” katanya. 

Mengulas tentang isu payung kuning yang mengaitkan penyampai Fly FM, Douglas Lim yang telah menjadi viral di Twitter sedikit hari dahulu, Nur Diana menegaskan, pihak Fly FM dan Douglas Lim tidak menyentuh sebarang perihal sensitif mahupun parti politik dalam konteks isu ini. - Getaran, 6 Februari 2022

Isu Pada

Di Sebalik Kepetahan Haziq

05 Feb 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 bulan yang lalu

Tak Perlu Keliru, Era Tetap Stesen Radio Nombor Satu Malaysia Yang 'Legit'

2

Muzik 2 bulan yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

3

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi