web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Cinta Saya Tak Pernah Hilang” Fara Fauzana Kembali Ke Hot FM

Fara, AG dan Fad bakal menjadi trio untuk segmen pagi Hot FM bermula Ogos ini!

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 5:03PM

Gambar: Twitter @hotfm976

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah berita pengunduran beberapa penyampai radio Hot FM mengejutkan banyak pihak minggu lalu, ramai yang tertanya-tanya siapakah wajah baru yang bakal menerajui stesen radio naungan Media Prima itu.

Hari ini, tiada rahsia lagi apabila pihak Hot FM sendiri membuat pengumuman mengembalikan semula Farah Fauzana ke konti radio mereka bermula Ogos ini. 

Farah yang sebelum ini pernah berkhidmat di Hot FM selama 10 tahun pernah mengundurkan diri daripada stesen radio itu pada tahun 2016.

Kemasukan Fara sebagai penyampai radio di segmen pagi ini seiring dengan pengumuman daripada pihak pengurusan platform radio Media Prima pada 19 Julai lalu mengenai transformasi perniagaan yang membabitkan perubahan operasi dan isi kandungan.

Menurut Fara, beliau berasa teruja dan gementar untuk ke udara di Hot FM. “Kemasukan semula saya ke dalam jentera hadapan Hot FM adalah sejajar dengan selera pendengar yang lebih segar dan luas.

“Saya diberitahu, Hot FM kini akan tampil dengan wajah baharu dan akan membawa hala tuju yang lebih segar. Mungkin sebelum ini sasaran pendengar adalah lebih muda, tetapi dengan adanya hala tuju baharu ini, ia akan menyasarkan kepada pendengar yang lebih meluas dan kepelbagaian dari segi penyampai juga.

Menjawab persoalan mengapa beliau memilih untuk kembali ke dunia penyiaran radio, “Minat dan cinta saya pada radio memang tak pernah hilang.

“Sebelum ini saya dipanggil untuk menyertai radio lain juga dan saya terima kerana masih ingin bersama dengan pencinta radio sebab saya rasa lebih rapat dengan mereka bila ke udara.

“Jadi, selepas mendapat tawaran untuk kembali bersama Hot FM, saya sangat teruja tapi dalam masa yang sama gementar untuk bersama para pendengar, terutama sekali untuk mengetahui penerimaan mereka terhadap saya di Hot FM.

“Alhamdulillah, saya menerima banyak komen positif dan sokongan daripada semua pihak, termasuk pihak pengurusan, keluarga, rakan media dan tak lupa daripada pendengar Hot FM selepas ke udara pada hari pertama di Hot FM.

“Saya bersama AG dan Fad akan menjanjikan sesuatu yang lebih segar dan baru, istimewa buat pendengar-pendengar setia Hot FM.

Bercerita tentang pembaharuan dari segi penyampaian, Fara berkata beliau sekarang sedang membuat ulang kaji intensif untuk memastikan penyampaian dan isi kandungan yang akan diberikan relevan dengan kehendak pendengar masa kini.

“Semestinya ada benda baru yang perlu saya belajar kerana kehendak pendengar sentiasa berubah. Saya bersama dengan pihak pengurusan sedang giat mengatur strategi bagi memastikan pengisian yang akan diberikan bermula 2 Ogos ini adalah yang terbaik buat semua yang mengikuti Hot FM dari dulu hingga sekarang.”

Bercakap mengenai pendapat beliau mengenai rakan penyampai Hot FM yang lain yang sudah tidak bersama dengan stesen radio tersebut, beliau berkata itu merupakan strategi daripada pihak pengurusan Hot FM.

“Pastinya semua sebagai penyampai menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan kerana ia adalah sebahagian daripada strategi bisnes yang perlu dibuat. 

“Saya sebagai penyampai radio sendiri masih lagi belajar daripada semua penyampai radio di Malaysia mahupun luar negara. Yang sudah tidak bersama Hot FM, mereka adalah kawan-kawan saya dan proses belajar antara satu sama lain itu tidak pernah terhenti.

“Apa saja yang mereka lakukan dalam kerjaya mereka memberi inspirasi kepada saya dan saya ucapkan selamat berjaya buat semua,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Hot FM turut mengesahkan bahawa AG dan Fad akan kekal mengelola segmen pagi bersama Fara, selepas hampir seminggu diberikan cabaran untuk ke udara bersama. Trio baharu di Hot FM ini adalah sebahagian daripada pengisian terbaharu yang akan ditampilkan bermula 2 Ogos nanti. - Getaran, 29 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN