web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ERA Perkenal Segmen, Penyampai Baharu Dan Lama Yang Diserap Masuk 

Bermula hari ini, ERA telah memperkenalkan segmen baharu ‘3 Pagi ERA’, ‘101 ERA’ dan ‘Daebak ERA’ bersama personaliti baharu. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 4:50PM

Gambar ihsan ERA

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesudah 24 tahun mendominasi dunia penyiaran radio tempatan, kini ERA tampil dengan suatu pembaruan yang komprehensif untuk memastikan mereka terus kekal menjadi radio bahasa Melayu yang memiliki jumlah pendengar ramai. 

Pembaharuan tersebut termasuk dari sudut pengisian-pengisian terkini yang menghiburkan menerusi segmen-segmen yang lebih segar dan menarik serta penampilan barisan personaliti baharu dan lama yang kembali diserap masuk. 

Sekaligus menyaksikan ERA kini bakal dikemudi personaliti-personaliti baharu dan lama yang diserap masuk semula seperti Nabil, Azad, Radin, Ray, Hanif, Fazziq Muqris dan Munaa Bella. 

Gambar ihsan ERA
Gambar ihsan ERA

Segmen pagi baharu iaitu 3 Pagi ERA yang bermula dari jam 6 pagi hingga 10 pagi misalnya, menampilkan tiga personaliti versatile iaitu Nabil Azad dan Radin. 

Selain berinteraksi bersama peminat dan membincangkan topik semasa bersama peminat, mereka juga bertiga juga bakal membawakan pengisian baharu seperti ‘Lagu Berantai’, ‘Flex Jap’, ‘CeKePi’, ‘Sembang’ dan ‘Lu Pikir’. 

‘Lagu Berantai’ adalah permainan menyanyikan rangkap lagu bersama peminat dengan menggunakan perkataan yang diberikan dan ‘Flex’ Jap pula adalah ruang bebas untuk peminat berkongsi cerita tentang pencapaian yang dimiliki dari segi kehidupan, kerjaya dan perniagaan yang dijalankan.

Manakala, ‘CeKePi’ adalah sketsa perbincangan isu-isu tular di media sosial yang dilakonkan dengan konsep di kedai makan oleh personaliti ERA, sementara Sembang pula memberi peluang kepada  pendengar membuat membuat panggilan untuk berinteraksi dan berkongsi aktiviti harian serta ‘Lu Pikir’ adalah pandangan dan nasihat tentang perkara sekeliling dikongsikan oleh Nabil.

Gambar ihsan ERA
Gambar ihsan ERA

Segmen 101 ERA (4 petang hingga 8 malam) dikendalikan gandingan hebat Hanif dan Ray yang akan membincangkan topik menarik bersama pendengar. 

Dalam pengisian ‘Teacher Teacher’ pula, Ray akan mempelajari perkataan Inggeris dan aksud di sebalik perkataan yang diberikan Haniff, manakala ‘Lirik Petik’ pada setiap Jumaat memberi peluang kepada pemanggil bermain permainan untuk mencipta lagu dengan menggunakan perkataan yang di ‘petik’.

Gambar ihsan ERA
Gambar ihsan ERA

Di segmen malam, Daebak Era (8 malam sehingga 12 tengah malam) bersama Fazziq Muqris dan personaliti baharu ERA Munaa Bella, pendengar berpeluang berhibur dengan lagu-lagu Korea daripada artis-artis baharu menerusu ‘Pentas Daebak dan dalam ‘Hanguko’ pula Munaa akan berkongsi perkataan Korea. 

Pengisian lain di segmen malam ini termasuklah TOP 20 iaitu lagu-lagu undian peminat di aplikasi SYOK serta TikTok 10 ERA setiap Jumaat untuk lagu-lagu carta teratas di platform media sosial tersebut. 

Hani Fadzil - Gambar ihsan ERA
Hani Fadzil - Gambar ihsan ERA

Pengurus Kandungan ERA, Hani Fadzil berkata, pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan barisan penyampai dan kandungan terkini yang menampilkan wajah baharu ERA kepada pendengar-pendengar jenama stesen radio nombor satu Malaysia tersebut. 

“Melalui pembaharuan yang ditampilkan ini, kami teruja menyajikan pengisian relevan dan pelbagai buat 2.9 juta pendengar mingguan kami. 

“Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka yang menakjubkan serta berterusan dan berharap mereka menikmati pengisian terkini di ERA,” katanya.

Selain itu, pada hari Isnin hingga Jumaat, peminat boleh terus berhibur dengan segmen ‘Port-ERA’ bersama Danial Zaini (jam 10 pagi hingga 1 petang0 menerusi pengisian ‘W-O-N-T’ (What’s On The News Today) di mana Danial membawa watak ‘Bro Paprik’ dan berkongsi cerita-cerita semasa yang tular.

Gambar ihsan ERA
Gambar ihsan ERA

Menerusi Pengisian FYE (For Your Eye) pula, pendengar boleh berkongsi topik-topik perbualan di media sosial dengan tanda pagar #FYE dan topik terbaik akan dikongsikan Danial.

Pada hujung minggu pula, semua pendengar  boleh menghitung kedudukan lagu terbaik dalam ‘Carta ERA 40’ dan berhibur dengan segmen-segmen menarik seperti ‘The best of 3 Pagi ERA’ dan  ulangan babak-babak terbaik; ‘Hallyu ERA’. 

Pendengar juga boleh membuar ipilihan 10 lagu terbaik Korea dari permintaan pendengar; ‘Flow ERA’, lagu-lagu bergenre Hip Hop & Rap dari artis tempatan dan luar negara; serta ‘Non Stop ERA’, putaran lagu-lagu popular tanpa henti. - Getaran, 18 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Keliru, Era Tetap Stesen Radio Nombor Satu Malaysia Yang 'Legit'

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

AME 2021 Tampil Dengan Kelainan, Perubahan Dan Kejutan 

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Carta RIM Kini Di ERA, Hitz FM dan MY 

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin