web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Carta RIM Kini Di ERA, Hitz FM dan MY 

Carta RIM yang memaparkan senarai lagu-lagu tempatan dan antarabangsa yang paling banyak distrim di Malaysia sudah boleh didengar menerusi ketiga-tiga radio mulai 2 April ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 4:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pencinta muzik akan berperluang menikmati lagu-lagu tempatan dan antarabangsa yang paling banyak distrim di Malaysia menerusi Carta RIM pertama di ERA, Hitz FM dan MY mulai 2 April ini. 

Ia adalah usahasama strategik yang digerakkan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dengan kerjasama Astro Radio. 

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, pihaknya amat berbesar hati apabila Carta RIM yang sebelum ini hanya disenaraikan di laman web dan media sosial RIM, kini akan berada di Astro Radio buat kali pertama.

“Carta RIM adalah gambaran sebenar lagu-lagu tempatan dan antarabangsa yang sedang didengari rakyat Malaysia minggu demi minggu berdasarkan data yang disahkan dan dikemukakan penyedia perkhidmatan muzik digital utama termasuk Spotify dan Apple Music dan disusun peneraju teknologi muzik global, BMAT.

“Kami percaya kerjasama bersama Astro Radio ini akan dapat membantu dan memupuk pembangunan industri muzik Malaysia,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Radio, Kenny Ong pula berkata, bagi meneruskan usaha untuk merevolusikan landskap audio tempatan, program Carta RIM akan tersedia di platform Astro Radio yang boleh diakses 15.6 juta pendengar mingguan mereka.

 “Seluruh rakyat Malaysia boleh menikmati kiraan detik ‘Top 10’ tempatan dan ‘Top 20’ Antarabangsa paling popular distrim di Malaysia, melalui Hitz FM, ERA dan MY dalam siaran atau di aplikasi SYOK,” katanya. 

Menerusi Carta RIM ERA dan MY RIM Chart, pendengar boleh menikmati 10 lagu Melayu tempatan teratas dan 10 lagu Cina tempatan teratas masing-masing berdasarkan Carta RIM. “ 

Selain itu, menerusi  Hitz RIM Chart Show, pendengar boleh menikmati kiraan detik 20 lagu Inggeris tempatan dan antarabangsa teratas yang terdiri daripada 10 lagu Inggeris tempatan teratas dalam Carta RIM.

 Ia turut beserta dengan 10 lagu tambahan daripada pelbagai segmen Hitz FM termasuk 'Hitz Throwbacks' yang menampilkan lagu-lagu imbau kembali buat kali pertama di Hitz FM, Hitz Rising (lagu-lagu tempatan dan Asia Tenggara akan datang), 'Hitz Chart Request' (lagu permintaan pendengar), 'Hitz TikTok Viral' (lagu tular di TikTok) dan 'Hitz Worldwide' ( lagu Inggeris antarabangsa  terkini)

Carta RIM ERA akan bersiaran setiap Sabtu dari 10 pagi hingga 11 pagi, Hitz RIM Chart Show (Sabtu, 3 petang hingga 5 petang) dan MY RIM Chart ( Sabtu, 1 petang hingga 2 petang) serta boleh distrim di aplikasi SYOK. - Getaran, 30 Mac 2022

Gambar: Astro Radio 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Keliru, Era Tetap Stesen Radio Nombor Satu Malaysia Yang 'Legit'

3

Muzik 3 tahun yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Persoalkan Peranan Salahuddin Ayub Terhadap Industri Muzik Tanah Air, Ini Jawapan RIM Buat Ad Samad 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN