web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AME 2021 Tampil Dengan Kelainan, Perubahan Dan Kejutan 

Anugerah MeleTOP ERA (AME) yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 29 Mei ini memperkenalkan tagline tambahan, #TetibaAME2021. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesuai dengan pengumuman hari raya mengejut pada tahun ini yang meriuhkan satu negara, acara yang dinanti-nantikan iaitu Anugerah MeleTOP ERA (AME) secara tiba-tiba telah memperkenalkan tagline tambahan, #TetibaAME2021. 

AME edisi kelapan atau AME 2021 yang bertemakan busana 'Glam Legend' dengan tagline pertama #YangFreshYangLegend bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 29 Mei ini.

Edisi kali ini yang dianjurkan dalam bulan Syawal ini menjanjikan lebih banyak kemeriahan dan kejutan termasuk membariskan persembahan berkonsepkan Hari Raya.

Selain daripada itu, ‘AME 2021’ akan membawa pelbagai pembaharuan yang bakal menggamat suasana industri hiburan negara dan berkemungkinan acara kali ini bakal menampilkan lebih daripada tiga  pengacara yang diumumkan sebelum ini iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad. 

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata pihaknya amat berbesar hati akhirnya dapat menganjurkan ‘AME2021’ dalam fasa endemik setelah penantian selama 4 bulan. 

“Kembalinya ‘AME 2021’ merupakan tanda penghargaan dan terima kasih pihak Astro terhadap para peminat, barisan artis, rakan-rakan media atas kesabaran dan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada ‘AME2021’ dan industri hiburan tanah air walaupun ditunda secara mengejut pada bulan Januari yang lalu,” katanya.

Pengelolaan kali ini turut memperkenalkan anugerah baharu yang pastinya menyemarakkan lagi acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan. Buat julung kalinya juga, anugerah ‘Top Top MeleTOP’ akan ditentukan barisan juri profesional.

Bagi acara kemuncak ‘AME 2021’ pula, ia bakal dimeriahkan dengan persembahan istimewa oleh angkatan penyanyi tersohor yang mewakili generasi legenda dan ‘BBNU’ seperti Datuk Sri Siti Nurhaliza, Search, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Dolla, Wany Hasrita dan Han Byul. 

Turut membuat persembahan adalah Yonnyboii, Zynakal, MK K-Clique, De Fam, Bunga, Amir Masdi, Usop, Tajul, Afieq Shazwan, Asyraf Nasir serta ramai lagi. Selain itu, barisan penyampai anugerah terdiri daripada Kamal Adli, Uqasha Senrose, Faizal Hussein, Rozita Che Wan, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan lain-lain.  

AME 2021 akan dibuka dengan ‘Konsert Tirai AME 2021’ yang dihoskan personaliti ERA; Danial Zaini dan Isha Norsham yang ditayangkan pada jam 8.30 malam. 

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Isaac Voo IN2IT, Ara Johari, Wany Kayrie, Aisya Retno, Aweera, Fieya Julia serta Yazid Izaham dan ramai lagi.

Manakala stesen radio ERA bakal mengadakan ‘Showcase AME 2021’ yang akan dihoskan oleh Munabella dan Zahier Yusoff, serta melibatkan barisan artis hebat seperti Imsoniacks, ChronicalZ, Daniel Chuer dan Irfan Haris. 

'Showcase' ini akan diadakan di perkarangan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei bermula jam 4.00 hingga 5.00 petang. Para penonton turut boleh strim showcase ini menerusi platform digital Era yakni SYOK, Facebook, YouTube dan TikTok.

‘AME 2021’ ialah kemuncak anugerah pertama dalam fasa endemik yang bakal menobatkan pemenang anugerah pilihan peminat serta menyajikan persembahan hebat dan kejutan yang menggemparkan. Ia juga boleh ditayangkan secara eksklusif di platform Astro Ria (104), Astro GO, On Demand dan sooka.

Gambar: Astro 
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

4

Muzik 2 tahun yang lalu

FMC Music Sahkan Datuk Jamal Abdillah Tarik Diri Dari Pentas AJL38

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN