web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Salah Tafsir Mesej Saya - Neelofa

Menurut Neelofa, dia tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk mencipta kandungan media sosial dan tidak pernah mempersoalkan tujuan mereka yang ingin melancong.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 6:00PM

Neelofa meluahkan rasa kurang senang apabila kenyataanya disalah tafsir. - Gambar daripada Instagram Neelofa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 33 meluahkan rasa kurang senang apabila kenyataannya yang dimuat naik menerusi satu hantaran di InstaStory miliknya semalam telah disalahertikan segelintir pihak. 

“Saya baru perasaan, terdapat segelintir yang salah faham tentang apa yang cuba saya sampaikan dan ada media yang jadikan benda itu cerita dan cuba masukkan kefahaman yang berbeza. Jadi dalam video ini saya cuba hendak jelaskan apa sebenarnya yang cuba hendak saya sampaikan. 

“Mesej yang saya ingin menyampaikan dalam hantaran IG saya semalam tidak merujuk mana-mana pihak atau individu, apa yang orang perkatakan itu adalah, fitnah 100 peratus,” katanya dalam satu satu video di Tiktok hari ini.

Menurut Neelofa, dia tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk mencipta kandungan media sosial dan tidak pernah mempersoalkan tujuan mereka yang ingin melancong.

Katanya, perkongsian tersebut dibuat hanya berdasarkan pengalamannya, yang terdahulunya, berpeluang untuk mengembara kerap kali.

“Hantaran IG saya tersebut di beberapa situasi berbeza, contohnya, kalau seseorang ingin mengembara atas alasan bekerja, itu merupakan satu perkara yang asing, itu sememangnya pekerjaan mereka, komitmen mereka untuk membuat kandungan media sosial setiap masa.

“Namun, jika seseorang itu melancong atas alasan lain seperti, atas rezeki sendiri, atau pilihan sendiri maka mereka mempunyai pilihan yang boleh menikmati pengembaraan mereka.

“Saya tidak menghalang dan tidak kritik siapapun untuk membuat ‘content’ atau mengambil gambar. Buatlah, ambillah gambar, buatkan kandungan media sosial seperti post, reels, sebab saya juga akan melakukan perkara yang sama. 

“Tapi apa yang saya nasihat adalah, cuma jangan terlalu bergantung dengan telefon, terlalu fokus membuat ‘content media sosial hingga lupa untuk menikmati keindahan di depan mata kita’.

“Ketika kita diberi peluang untuk menikmati pengalaman tersebut, kita enjoy the moment , untuk be present and experience, dan bukannya hanya dengan telefon sepanjang masa. 

“Rasai dan berseronoklah dengan setiap perkara di sekeliling anda. Bukan semua perkara tentang mencipta kandungan media sosial, jadi itu hanya pendapat saya, kalau ada orang setuju alhamdulillah, dan of course saya faham bahawa tidak semua sependapat dengan saya,” ujarnya.

Tambah isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu, keseronokan memuat naik semua perkara dalam media sosial hanyalah kegembiraan yang bersifat sementara.

Terdahulu, semalam selebriti popular tersebut memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya, yang mengandungi beberapa nasihat kepada individu yang mengembara ke negara luar.

Hantaran  tersebut turut mempersoalkan tujuan melancong ingin meneroka negara lain atau mahu ‘dunia’ melihat mereka bercuti.

“Jadi, anda melancong untuk melihat dunia atau ingin dunia melihat anda?” menurut hantaran tersebut. - Getaran, 4 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berpurdah Dan Berbadan Dua Bukan Penghalang Buat Neelofa Disunting Menjadi Model Jenama Mewah Antarabangsa

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Hawa Rizwana Dilantik Sebagai Pengacara Baharu MeleTOP Menggantikan Tempat Neelofa

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN