web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pegawai Dan 2 Anggota Bomba Cedera Ketika Padam Kebakaran Kilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 12:02PM

Mohamadul Ehsan berkata Muhd Farhan cedera pada kaki kanan akibat ditimpa timbunan kertas manakala Muhd Alawi melecur pada leher akibat tali alat pernafasan (neck strap BA) melebur - Gambar Facebook JBPM Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang pegawai bersama dua anggota bomba cedera semasa bertugas memadamkan kebakaran di sebuah kilang memproses kertas terpakai di Taman Perindustrian Ria Jaya dekat sini pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pegawai yang cedera itu ialah Muhd Farhan Shaari@Zakaria, 41, serta dua anggota Muhd Alawi Mohd Norizan, 34, dan Nurul Harfizah Ahmad, 41.

Beliau berkata mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani itu bergegas ke lokasi kejadian bersama anggota bomba lain selepas menerima laporan mengenai kebakaran itu pada 5.18 pagi.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan dua unit bangunan kilang memproses kertas terpakai dan semasa proses memadamkan kebakaran, tiga anggota kita mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata Muhd Farhan cedera pada kaki kanan akibat ditimpa timbunan kertas manakala Muhd Alawi melecur pada leher akibat tali alat pernafasan (neck strap BA) melebur.

"Seorang lagi anggota, Nurul Harfizah mengalami cedera ringan pada pipi...kesemua mereka yang cedera ini telah dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini," katanya.

Mengenai kebakaran kilang itu, beliau berkata seramai 30 anggota serta pegawai bomba dari BBP Aman Jaya dan BBP Sungai Petani terlibat dalam operasi pemadaman api itu.

"Kami juga dibantu 10 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) iaitu Semeling, Bedong, Sungai Petani, Merbok, Bakar Arang, Padang Lembu, Gurun, Kota Sarang Semut, Tanah Merah dan PBS Kepala Batas, Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata peratus kemusnahan masih belum diketahui kerana operasi memadam kebakaran kilang itu masih berlangsung sekali gus punca dan jumlah kerugian juga belum dapat dipastikan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad