web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Lelaki Rentung Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 6:56AM

Identiti pemandu kereta sedang dikenal pasti manakala penumpang hadapan ialah seorang lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Kampung Pinang Mukim Sok, Sik, Kedah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dua lelaki rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat kemalangan dengan sebuah lori muatan tanah di jalan utama Kampung Dato’ Sharif Ahmad, Kuala Krau di KM28 Jalan Jerantut-Temerloh, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 10.45 pagi.

Beliau berkata identiti pemandu kereta sedang dikenal pasti manakala penumpang hadapan ialah seorang lelaki berusia 35 tahun yang berasal dari Kampung Pinang Mukim Sok, Sik, Kedah.

Menurut Mohd Azhar siasatan awal mendapati, kereta berkenaan yang dari arah Temerloh menghala ke Jerantut dipercayai memotong di garisan berkembar dan dirempuh lori dari arah bertentangan.

“Kereta itu kemudian diseret lebih kurang 20 hingga 30 meter dan terbakar. Pemandu dan penumpang gagal diselamatkan kerana tersepit di dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan. 

Mohd Azhar berkata pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu menghubungi Pegawai Penyisat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh Inspektor Nizam di talian 019-2343449 bagi membantu  siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang memaklumkan operasi memadam kebakaran disertai 19 anggota serta pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krau dan Temerloh selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.48 pagi.

Beliau berkata kereta berkenaan terbakar sepenuhnya manakala kepala lori sebanyak 80 peratus.

Katanya mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik