web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Nahas 6 Kenderaan Di Lebuhraya Persekutuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 3:27PM

Keadaan dua daripada enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi. - Gambar ihsan Bomba Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki menemui ajal selepas tersepit, apabila kereta dinaikinya terbabit dalam nahas membabitkan enam kenderaan di Lebuhraya Persekutuan berhampiran susur keluar Bukit Raja, pagi tadi.

Mangsa, A Rahman Md Amin, 57, seorang permastautin tetap disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, dua pemandu yang turut mengalami kecederaan parah dibantu pengguna jalan raya lain sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan kira-kira jam 7.47 pagi tadi.

Menurutnya, sepasukan enam anggota bomba dari Balai Shah Alam dikerahkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa.

“Kemalangan melibatkan enam kenderaan yang melanggar belakang kenderaan lain secara berturut-turut hingga menyebabkan tiga mangsa tersepit.

“Dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada ambulans untuk dihantar ke hospital, manakala seorang lagi mangsa dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba,” katanya.

Norazam memberitahu, mayat mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong besi kenderaan supaya mangsa dapat dikeluarkan.

“Operasi berlangsung selama hampir sejam sebelum mayat itu berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad