web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yeoh Budayawan Dan Seniwati Negara, Kebanggaan Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 12:43PM

Perdana Menteri menyifatkan Michelle Yeoh sebagai tokoh budayawan dan seniwati negara - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) turut meraih perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan Yeoh sebagai tokoh budayawan dan seniwati negara.

“Trofi mahsyur Anugerah Golden Globe yang berjaya dirangkul Tan Sri Michelle ternyata membanggakan negara dan rakyat terutamanya peminat filem. 

“Saya amat berharap pencapaian Tan Sri Michelle ini memberi inspirasi kepada budayawan dan seniman tempatan untuk terus berkarya dan mencambah bakat kreatif lagi berkualiti,” katanya.

Anwar memberitahu, beliau akan menonton filem Everything Everywhere At All Cost yang dibintangi aktres kelahiran Ipoh, Perak tersebut dalam masa terdekat.

Yeoh yang berusia 60 tahun itu memenangi trofi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi filem berkenaan.

Beliau menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville (Mrs Harris Goes to Paris), Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande). - Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad