web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan MAS, AirAsia Batal Denda RM10 Juta Oleh MYCC, Dibenarkan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 3:06PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Berhad untuk membatalkan denda RM10 juta yang dikenakan terhadap kedua-dua syarikat penerbangan itu oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana didapati melanggar larangan perkongsian pasaran.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah membenarkan rayuan kedua-dua syarikat penerbangan itu mengembalikan semula keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) yang mendapati bahawa MAS dan AirAsia tidak melanggar Seksyen 4(2) Akta Persaingan 2010.

Hakim Hanipah yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata CAT adalah pihak berkuasa rayuan dan MyCC mesti mematuhi keputusan CAT.

“Ia (MyCC) tidak boleh mengetepikan atau mencabar keputusan pihak berkuasa rayuan melainkan ia diperuntukkan di bawah Parlimen,” katanya.

Hakim Hanipah berkata mahkamah berpendapat MyCC bukanlan pihak yang terjejas oleh keputusan CAT itu.

Hakim Hanipah membenarkan bantahan awal oleh MAS dan AirAsia bahawa MyCC tidak mempunyai locus standi (hak atau kedudukan di sisi undang-undang) untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan CAT yang mengetepikan keputusannya (MyCC) untuk mengenakan denda RM10 juta.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Indera Mohd Sofian Abd Razak dan panel hakim itu memerintahkan MyCC membayar kos RM30,000 masing-masing kepada MAS dan AirAsia.

Prosiding itu dijalankan secara persidangan video melalui aplikasi Zoom.

Dalam keputusan mahkamah itu, Hakim Hanipah berkata perjanjian kerjasama itu dimeterai sebelum Akta Persaingan berkuat kuasa pada 1 Jan 2012, sambil menambah ia adalah sah untuk membincangkan perjanjian tersebut pada waktu itu.

MyCC mendenda kedua-dua syarikat penerbangan - MAS dan AirAsia pada 2014 masing-masing sebanyak RM10 juta kerana melanggar larangan perkongsian pasaran mengikut Seksyen 4(2) Akta Persaingan dengan memeterai satu perjanjian berhubung perkongsian pasaran dalam sektor perkhidmatan pengangkutan udara di Malaysia.

Kedua-dua syarikat penerbangan itu mengemukakan rayuan berhubung denda tersebut dan pada 18 Feb 2016, CAT mengetepikan keputusan MyCC.

MyCC kemudian memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan CAT dan mengembalikan semula keputusannya (MyCC) mengenakan denda terhadap MAS dan AirAsia.

Pada Disember 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman MyCC dan mengembalikan keputusannya (MyCC) mengenakan denda ke atas kedua-dua syarikat penerbangan itu mendorong MAS dan AirAsia mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Denda RM10 juta yang dikenakan MyCC adalah berdasarkan jumlah penerbangan kedua-dua syarikat dalam tempoh empat bulan iaitu antara 1 Jan dan 30 April 2012 bagi laluan Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Kuching, Kuala Lumpur-Sandakan serta Kuala Lumpur-Sibu.

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mewakili AirAsia manakala MAS diwakili Logan Sabapathy dan Datuk Lim Chee Wee hadir bagi pihak MyCC. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad