web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sumbang Mahram Dengan Anak Tiri - Peniaga Warung Dipenjara 15 Tahun, 19 Sebatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 7:08PM

Lelaki berusia 38 tahun itu diperintahkan menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 29 Disember lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang peniaga warung dihukum penjara 15 tahun dan 19 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan sumbang mahram dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap anak tirinya sejak dua tahun lepas.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 29 Dis lalu..

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan sumbang mahram dan penjara lima tahun serta satu sebatan bagi kesalahan seks luar tabii dan memerintahkan semua hukuman berjalan serentak. 

 Mengikut tiga pertuduhan sumbang mahram, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya ketika kejadian berusia 12 tahun di sebuah rumah di Jempol, kira-kira jam 8 malam dan 2 pagi, antara 1 Januari hingga 31 November 2021.

Bagi tiga lagi pertuduhan, dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah warung di Jempol, pada  jam 8 malam, antara 11 April 2021 hingga 10 Dis lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii di  warung sama pada 8 malam pada 11 April 2021 mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu dirogol sebanyak enam kali oleh bapa tirinya sepanjang tempoh berkenaan dengan kali terakhir pada 10 Dis lepas.

Mangsa merupakan anak hasil perkahwinan pertama ibunya yang berusia 48 tahun sebelum berkahwin dengan tertuduh pada 2014.

Mangsa hanya memaklumkan kejadian berkenaan kepada kakaknya pada 25 Dis lepas kerana takut kepada tertuduh sebelum dibawa membuat laporan polis empat hari kemudian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 2 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 3 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad