web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Bencana Pusat Laksana Koordinasi Cari Penyelesaian Menyeluruh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 4:46PM

Perlu ada keselarasan dari segi pelaksanaan dan dengan bekerjasama, keputusan akhir dapat dicapai secara menyeluruh. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah melaksanakan koordinasi dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap masalah selepas musim Monsun Timur Laut (MTL), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata langkah tersebut tidak terhad kepada kerja pembaikan infrastruktur dan kediaman yang rosak akibat banjir, malah bertujuan merangka perancangan jangka panjang termasuk proses mitigasi mangsa.

"Harus ada keselarasan dari segi pelaksanaan dan jika kita bekerja bersama-sama, keputusan akhir dapat dicapai secara menyeluruh. Setiap kali musim banjir, kerajaan perlu baiki rumah rosak, bina baharu rumah yang hanyut dan baiki jalan rosak.

"Proses ini sentiasa berulang setiap kali banjir. Kita mesti cari penyelesaian menyeluruh dan jangka panjang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di sini hari ini.

Pada 5 Disember lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Ahmad Zahid akan bertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat bagi memastikan negara bersiap sedia menghadapi bencana banjir berdasarkan langkah pemantauan serta persediaan yang dibuat jawatankuasa berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran awal bahawa Malaysia akan mengalami MTL atau musim tengkujuh lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 Nov lepas, dan berterusan sehingga Mac ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Kedah bertanggungjawab sepenuhnya membantu dan menyelesaikan isu berbangkit melibatkan mangsa banjir di daerah Baling, khususnya pembinaan semula kediaman yang rosak, walaupun kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan bagi meringankan beban mereka.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia sebagai menzahirkan penghargaan terhadap sokongan rakyat kepada kerajaan terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lepas.

Pada Julai lepas, sebanyak 41 kawasan di daerah Baling terjejas akibat bencana banjir lumpur dan aliran puing, dengan nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM28 juta, melibatkan kemusnahan rumah, premis, infrastruktur, kenderaan dan harta benda lain.

Beliau berkata sehingga kini Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) telah membina semula lapan rumah dan membaik pulih 38 rumah mangsa yang terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad